top of page

Berita


Guna baki penggal Kerajaan MADANI lengkapkan reformasi institusi
Datuk Aiman Athirah Sabu. Foto: FB Aiman Athirah Parti Amanah Negara (AMANAH) mahu baki tempoh Kerajaan MADANI dimanfaatkan sepenuhnya untuk melaksanakan reformasi institusi sehingga diterjemahkan dalam bentuk undang-undang, perubahan sistem dan amalan pentadbiran. Ketua Wanita Amanah Nasional (AWAN), Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, parti itu tidak mahu terperangkap dalam ketidaktentuan politik semasa, sebaliknya mahu ruang yang masih ada dalam kerajaan digunakan untuk meni

Redzuan Shamsudin
8 hours ago2 min read


Wanita PH kecam Zahid, hentikan budaya persenda wanita
Mashitah Ismail. Foto: FB Mashitah Ismail Wanita Pakatan Harapan (PH) mengecam kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap Ketua Wanita Umno yang didakwa menyentuh aspek fizikal dan perwatakan pemimpin wanita itu secara terbuka. Ketua Setiausaha Wanita PH, Mashitah Ismail berkata tindakan berkenaan memperlihatkan budaya politik yang matang dalam kalangan pemimpin Umno. "Wanita Pakatan Harapan Malaysia mengecam kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr A

Suara Keadilan
6 days ago2 min read


RCI TH ditubuhkan oleh kerajaan PN, tetapi Pas tolak hasil penemuan?
Dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH) membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) 1.0 telah mengambil langkah menyelamatkan institusi itu daripada krisis kewangan, bukannya menjual atau melemahkan aset TH seperti yang didakwa sebelum ini, kata Azli Yusof (gambar). Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah keadaan kewangan TH sebelum langkah pemulihan dilaksanakan, termasuk persoalan bagaimana sebua

Akmal Manaf
Sep 122 min read


‘Sokong Pas masuk syurga’ dakwaan tidak berasas – Dr Mujahid
Dakwaan bahawa mengundi atau menyokong Pas menjadi tiket untuk masuk syurga disifatkan sebagai tidak berasas dari sudut ilmu agama mahupun realiti, kata Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar). Beliau berkata, syurga bukan ditentukan oleh sokongan kepada mana-mana parti politik, sebaliknya merupakan hak Allah SWT dan diperoleh dengan rahmat-Nya. "Masuk syurga bukan kerana undi parti politik, masuk syurga adalah kerana Allah izinkan atas Rahmat-Nya

Suara Keadilan
Sep 62 min read


Bubar DUN S'gor: Jangan baling batu, sembunyi tangan - Pemuda Amanah Shah Alam
Pemuda AMANAH Shah Alam mengingatkan Umno-BN Selangor supaya tidak sekadar mencabar Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari membubarkan Dewan Negeri Selangor (DNS) sebaliknya membuktikan kekuatan mereka menerusi kerja, dasar dan hujah yang mampu meyakinkan rakyat. Naib Ketua Pemuda AMANAH Shah Alam, Amirul Izwan (gambar) berkata rakyat Selangor mampu menilai rekod setiap parti termasuk percaturan politik yang pernah dimainkan sebelum ini. "Kalau benar yakin rakyat Selangor m

Helmi Mohd Foad
Aug 182 min read


"Kalau DAP teruskan kerja penjajah, kenapa dulu tidak diharamkan?"
Tulisan terbaharu Presiden Pas, Hj Hadi Awang "DAP memimpin PH menyambung kerja penjajah hapuskan Melayu Islam" terus mendapat kecaman ahli politik kerajaan. Terbaharu, Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Senator Hasbi Muda (gambar) mempersoalkan pendirian Presiden Pas itu yang mendakwa DAP meneruskan kerja penjajah. Hasbi berkata, sekiranya DAP benar-benar dianggap sebagai ancaman kepada Melayu dan Islam, mengapakah parti itu tidak diharamkan ketika Pas dan Perikatan Nasional (PN)

Suara Keadilan
Aug 91 min read


Mengapa Umno hanya akui kegagalan tadbir urus TH selepas PRN N Sembilan?
Pengakuan terbuka ikon Umno, Khairy Jamaluddin mengenai kegagalan tadbir urus Tabung Haji (TH), khususnya kenapa perkara itu tidak dijelaskan oleh Umno-BN kepada rakyat ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan perlu dipersoalkan. Menurut Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Danial Al-Rashid (gambar), jika wujud kegagalan tadbir urus dalam institusi TH, rakyat sepatutnya diberikan penjelasan secara terbuka tanpa mengira musim pilihanraya atau tidak. "Kenyataan

Suara Keadilan
Aug 72 min read


Tahlil tiada dalam syariat tetapi jangan persenda amalan orang Melayu - Faiz
Jawapan Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Zuhir Wan Ghazali bahawa tahlil bukan sebahagian daripada syariat Islam apabila gurauannya 'tengah mentahlilkan' pemimpin DAP dalam satu video amatlah tidak wajar. Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH), Faiz Fadzil (gambar) berkata meskipun tahlil diperdebatkan dalam kalangan ilmuan Islam namun mempersendakannya boleh mengguris perasaan masyarakat Melayu serta menyemarakkan sentimen perkauman. "Kenyataan Wan Muhammad Zuhir Wan Gh

Suara Keadilan
Aug 62 min read


Kecewa kempen kaum, AMANAH giat penerangan politik matang
Khalid (kanan) mahu AMANAH lebih ageref menerangkan politik nilai prestasi kerajaan Parti Amanah Negara (AMANAH) menyifatkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebagai petunjuk bahawa politik berasaskan sentimen kaum masih mengatasi penilaian terhadap prestasi kerajaan, sekaligus berikrar untuk memperhebat usaha mendidik masyarakat mengenai kepentingan politik yang lebih matang. Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata, parti itu kecewa apabila kempen

Hasbul Ahmad
Aug 22 min read


Kenyataan perkauman MB Sanusi, AMANAH lapor polis
Pengarah Mobilisasi Pemuda Amanah Nasional, Ramadhan Lotphi membuat laporan polis. Foto: FB Ramadhan Satu laporan polis dibuat terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor susulan kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R melibatkan kaum, agama dan institusi diraja. Laporan itu dibuat Pengarah Mobilisasi Pemuda Amanah Nasional, Ramadhan Lotphi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, petang Sabtu. "Kenyataan Sanusi yang menyebut “Cina ada China, India ada

Azuan Ab Rahman
Jul 261 min read


Kehadiran balu Allahyarham Salahuddin suntik semangat buat Sharon
Fatimah (tiga dari kiri) bersama Sharon (dua dari kiri) dalam program kempen di DUN Permas Calon Pakatan Harapan (PH) DUN N.43 Permas, Sharon Teo mendapat suntikan semangat saat akhir apabila balu Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Datin Seri Fatimah Taha, turun berkempen membantunya. Menurut Sharon, kehadiran Fatimah mengimbau kembali jasa, nasihat dan semangat perjuangan Allahyarham Salahuddin yang banyak membentuk perjalanan politik serta khidmatnya kepada masyarak

Suara Keadilan
Jul 101 min read


Imam Sabri mahu bangunkan DUN Kahang sebagai hab pertanian moden
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN N.31 Kahang, Mohd Sabri Abd Kadir (gambar), optimis kawasan tersebut memiliki potensi besar untuk dibangunkan sebagai hab pertanian moden. Menurut beliau, terdapat banyak kawasan tanah terbiar di kawasan DUN tersebut yang boleh ditebus guna semula untuk pengeluaran makanan sekaligus memacu ekonomi setempat dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan belia. "Kalau saya diberi amanah sebagai ADUN, kita akan usahakan untuk menam

Suara Keadilan
Jul 61 min read


'Kerjasama Kerajaan Perpaduan negara stabil, Ringgit naik'
Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil berucap di ceramah Simpang Renggam. Foto : FB Faiz Fadzil Semangat kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan menjadi contoh bahawa kestabilan boleh dicapai apabila parti-parti politik mengutamakan kepentingan negara mengatasi kepentingan politik sempit. Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil berkata, pengalaman negara berdepan krisis sebelum ini menunjukkan betapa pentingnya kestabilan politik dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan kelangsungan

Sidiqin Omar
Jul 42 min read


Pencabar MB Johor tawar masa depan lebih baik untuk DUN Machap
Nur Hafiz menekankan PH bakal mengumumkan manifesto lebih baik berbanding BN. Kredit foto: FMT Calon KEADILAN mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N26 Machap, Nur Hafiz Roslan tidak gentar sebagai pencabar Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi yang menyandang kerusi itu. Menurut Nur Hafiz, dalam memenangi sokongan pengundi di Machap, pihaknya percaya PH boleh menawarkan tawaran lebih baik kepada penduduk berbanding apa yang dilakukan Onn Hafiz ketika ini. Ma

Suara Keadilan
Jun 291 min read


Sharon Teo bukan calon 'payung terjun', tarik undi anak muda - AMANAH
Parti Amanah Negara (AMANAH) mempertahankan keputusan mencalonkan Sharon Teo sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, susulan bantahan yang disuarakan oleh beberapa pemimpin AMANAH Kawasan Pasir Gudang. Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil (gambar) berkata, pencalonan Sharon dibuat selepas melalui proses tapisan dan pertimbangan yang teliti di peringkat kepimpinan nasional parti. "Pe

Redzuan Shamsudin
Jun 252 min read


PRN Johor: KEADILAN letak calon di DUN Puteri Wangsa
KEADILAN bakal meletakkan calon bagi mewakili Pakatan Harapan (PH) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan (gambar) mengesahkan isu pertikaian berhubung kedudukan kerusi tersebut telah dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi gabungan berkenaan. Beliau yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor berkata, pihaknya akur dengan keputusan bahawa kerusi DUN Puteri Wangsa akan ditandin

Suara Keadilan
Jun 221 min read


PRN Johor, N Sembilan: AMANAH siap sedia, sasar bentuk Kerajaan Negeri
Parti Amanah Negara (AMANAH) mengumumkan kesiapsiagaan penuh bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, dengan sasaran membentuk kerajaan negeri bersama Pakatan Harapan (PH). Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil (gambar) berkata, keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional parti yang berlangsung malam tadi. "AMANAH sudah bersiap siaga berhadapan Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan kali ke-16 dan mengara

Redzuan Shamsudin
Jun 191 min read


AMANAH Selangor gesa Ronnie Liu tarik balik tuduhan ke atas Exco kanan
Parti Amanah Negara Selangor memandang serius kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pimpinan DAP, Ronnie Liu yang didakwa membuat tuduhan tidak berasas terhadap Exco Pertanian dan Infrastruktur Selangor, Datuk Ir Izham Hashim. Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor, Abbas Azmi (gambar) berkata kenyataan tersebut dilihat tidak mengambil kira sensitiviti serta konteks sebenar isu yang sedang dihadapi, khususnya penternakan babi yang sukar untuk diteruskan di negeri itu. "Seharusny

Redzuan Shamsudin
May 302 min read


Allahyarham Jalil Hamid wajar diberi pengiktirafan negara - AMANAH
Parti Amanah Negara (AMANAH) menyifatkan pemergian seniman tersohor, Jalil Hamid sebagai satu kehilangan besar kepada dunia seni tanah air dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Pengerusi Biro Kesenian, Kebudayaan dan Sukan AMANAH, Wan Anwar Wan Ibrahim (gambar) berkata Allahyarham bukan sekadar pelakon, tetapi seorang penghibur serba boleh yang meninggalkan kesan mendalam merentasi pelbagai generasi. "Allahyarham bukan hanya dikenali melalui lakonan yang dekat dengan jiwa masya

Redzuan Shamsudin
May 62 min read


Elak jurang perbezaan politik bincang isu Islam, agenda bersama
Perwakilan dari Nahdlatul Ulama dari Indonesia mengemukakan pendapat dalam dialog bersama AMANAH sambil diperhatikan oleh Raja Bahrin (kiri sekali), Dr Hassan dan Dr Mujahid Yusof Organisasi Islam disaran agar mengelakkan diri daripada terjebak dalam perbezaan politik yang mendalam ketika membincangkan hal ehwal agama dan agenda bersama sehingga membuka kepada pintu perpecahan dalam kalangan umat. Demikian pandangan yang dipersetujui dalam satu pertemuan melibatkan pemimpin d

Helmi Mohd Foad
May 42 min read
bottom of page
