top of page

"Kalau DAP teruskan kerja penjajah, kenapa dulu tidak diharamkan?"

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Aug 9
1 min read

Tulisan terbaharu Presiden Pas, Hj Hadi Awang "DAP memimpin PH menyambung kerja penjajah hapuskan Melayu Islam" terus mendapat kecaman ahli politik kerajaan.


Terbaharu, Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Senator Hasbi Muda (gambar) mempersoalkan pendirian Presiden Pas itu yang mendakwa DAP meneruskan kerja penjajah.


Hasbi berkata, sekiranya DAP benar-benar dianggap sebagai ancaman kepada Melayu dan Islam, mengapakah parti itu tidak diharamkan ketika Pas dan Perikatan Nasional (PN) menjadi Kerajaan Persekutuan pada 2020 - 2022 lalu.


"Kenapa waktu kamu jadi Kerajaan dulu tak haramkan DAP?" tanyanya dalam hantaran di media sosial.


Beliau berkata, persoalan itu wajar dijawab susulan kenyataan Hadi yang dilihat terus mengaitkan DAP dengan ancaman terhadap kedudukan Bumiputera.


Untuk rekod, Hj Hadi dalam tulisan terbaharunya mendakwa di Singapura, People’s Action Party (PAP) menyingkirkan orang Melayu daripada politik Singapura yang dijadikan pusat gerakan penjajahan.


Di Malaysia, mereka mewujudkan teori Malaysian Malaysia oleh DAP dengan memperalatkan Melayu 'luar tabii' yang lupa akan bangsanya dan menanam semangat perkauman dalam kalangan kaum lain.


Walaupun penjajah asing telah keluar pulang ke tanah air mereka, kata Hj Hadi, namun mereka meninggalkan petugas yang melangsungkan gerakan menentang Islam dan umatnya yang berterusan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page