top of page

Kehadiran balu Allahyarham Salahuddin suntik semangat buat Sharon

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jul 10
1 min read
Fatimah (tiga dari kiri) bersama Sharon (dua dari kiri) dalam program kempen di DUN Permas
Fatimah (tiga dari kiri) bersama Sharon (dua dari kiri) dalam program kempen di DUN Permas

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN N.43 Permas, Sharon Teo mendapat suntikan semangat saat akhir apabila balu Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Datin Seri Fatimah Taha, turun berkempen membantunya.


Menurut Sharon, kehadiran Fatimah mengimbau kembali jasa, nasihat dan semangat perjuangan Allahyarham Salahuddin yang banyak membentuk perjalanan politik serta khidmatnya kepada masyarakat.

"Saya akan terus membawa semangat perjuangan Allahyarham, mengingati segala nasihat dan mencontohi khidmat beliau yang telah terbukti ketika menjadi Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram," katanya dipetik laporan media.


Mengulas perjalanan kempennya, Sharon berkata, sambutan yang diterima sepanjang tempoh berkempen semakin menggalakkan, namun kemenangan hanya dapat ditentukan melalui jumlah pengundi yang keluar mengundi pada hari pengundian.


"Sepanjang tempoh kempen, saya melihat sambutan daripada rakyat semakin meningkat dan kata-kata semangat yang diberikan juga amat menggalakkan.


"Permas merupakan kawasan bandar yang memerlukan kadar keluar mengundi yang tinggi bagi memastikan setiap undi diterjemahkan kepada kemenangan," tambahnya.


Sementara itu Fatimah mendedahkan hubungan keluarganya dengan Sharon telah terjalin sejak beliau berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Allahyarham sehingga menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.


"Anak-anak saya semua rapat dengan dia. Dia bebas keluar masuk rumah, makan bersama keluarga dan kami memang tidak pernah menganggapnya sebagai orang luar.


"Dari situlah kami mula percaya kepada keikhlasan dan amanah yang dibawanya. Hubungan kami bukan sekadar hubungan kerja, tetapi sudah seperti sebuah keluarga," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page