top of page

15 inisiatif pakej daya tahan bukti Selangor lindungi kebajikan rakyat - Danish

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Pengumuman 15 inisiatif baharu bernilai RM209.26 juta oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor semalam disambut baik.


Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Danish Hairudin (gambar) berkata, langkah itu merupakan bukti pentadbiran negeri komited melindungi kebajikan rakyat ketika berdepan ketidaktentuan ekonomi global.


"Kepimpinan yang bertanggungjawab bukan sekadar mengenal pasti masalah, sebaliknya berani tampil dengan penyelesaian yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.


"Pakej diumumkan bukan sekadar bantuan jangka pendek, tetapi merupakan pelan menyeluruh bagi memastikan rakyat, usahawan, penjawat awam dan sektor ekonomi negeri mempunyai daya tahan yang lebih kukuh dalam menghadapi cabaran semasa," katanya dalam muat naik di Facebook.


Antara inisiatif diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Saari semalam ialah pengurangan kadar sewa premis pihak berkuasa tempatan (PBT) sebanyak 30 peratus selama enam bulan sehingga Disember ini.


Inisiatif dengan peruntukan RM4.5 juta dan dijangka memberi manfaat kepada 21,234 peniaga di negeri itu bertujuan memastikan peniaga dapat terus menjalankan perniagaan tanpa perlu meningkatkan harga barangan atau makanan kepada rakyat.


Selain itu Kerajaan Negeri turut menawarkan moratorium sewaan rumah bagi tempoh tiga bulan kepada kesemua 1,012 penyewa rumah di bawah skim Smart Sewa Selangor dengan peruntukan sebanyak RM2.22 juta selain Moratorium Pinjaman Perumahan Kerajaan Negeri yang bakal memanfaatkan 2,333 penjawat awam di Selangor dengan peruntukan RM2.54 juta.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page