top of page

Malaysia kini di kedudukan ke-15 dalam indeks daya saing dunia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) 2026 meningkat ketara apabila melonjak lapan anak tangga ke kedudukan ke-15 daripada 70 negara.


Berdasarkan rangking dikeluarkan Institut Pembangunan Pengurusan (IMD), Malaysia menunjukkan peningkatan ketara berbanding tangga ke-23 tahun lalu, yang sebelum itu juga meningkat daripada tangga ke-34 pada 2024.


Dengan skor keseluruhan 81.91 mata, pencapaian ini sekaligus menjadi yang terbaik Malaysia dalam indeks tahunan tersebut setakat ini.


Menurut IMB, Malaysia kini kedua tertinggi di Asia Tenggara di bawah Singapura, yang berada di kedudukan teratas keseluruhan.


Dalam kalangan ekonomi Asia Pasifik, Malaysia berada di kedudukan kelima di belakang Singapura, Hong Kong, Taiwan dan China, namun mengatasi Australia, Korea Selatan, Thailand, Vietnam dan Jepun.


WCR menganalisis dan menilai keupayaan negara untuk mewujudkan serta mengekalkan persekitaran yang menyokong daya saing perusahaan berasaskan empat teras utama iaitu prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan infrastruktur.


Dari segi prestasi ekonomi, Malaysia memperoleh skor 78.4 mata dan berada di kedudukan keempat daripada 70 ekonomi, sama seperti tahun lalu.


Malaysia menyerlah dengan menduduki tempat keempat dunia bagi prestasi ekonomi, manakala kecekapan kerajaan meningkat 11 anak tangga ke kedudukan ke-14.


Kecekapan perniagaan turut mencatat lonjakan ketara sebanyak 16 anak tangga ke tempat ke-16, sementara infrastruktur bertambah baik dua anak tangga ke kedudukan ke-33.


Bagi subfaktor pula, ekonomi domestik Malaysia naik empat anak tangga ke kedudukan ke-11, manakala perdagangan antarabangsa kekal kukuh dengan peningkatan satu anak tangga ke tempat kelima dunia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page