top of page

Kerajaan jamin bekalan barangan keperluan asas cukup musim PRN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bahawa bekalan barang asas di Johor dan Negeri Sembilan mencukupi sepanjang musim Pilihan Raya Negeri (PRN).


Timbalan Menteri KPDN Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar) berkata, pihaknya memahami kebimbangan penduduk di kedua-dua negeri itu mengenai kemungkinan berlaku gangguan bekalan berikutan kehadiran sejumlah petugas pilihanraya serta peningkatan kos logistik ekoran krisis bekalan global ketika ini.


"Bekalan barangan keperluan termasuk barang-barang kawalan mencukupi.


"Kita tahu pada musim pilihanraya ini akan ada ramai orang luar negeri datang, petugas-petugas, jadi mungkin ada segelintir pihak bimbang berlaku gangguan bekalan barangan.


"Saya beri jaminan bekalan mencukupi, termasuklah bekalan minyak masak peket," katanya dipetik laporan media tempatan.


Dr Fuziah berkata begitu semasa menghadiri Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) di Pasaraya Econsave Taman Daya, Johor Bahru, pada Jumaat.


Sementara itu beliau turut memaklumkan, sebanyak 13,692 siri PJRM telah dilaksanakan di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari hingga 13 Jun 2026.


Di Johor sahaja jelasnya, sebanyak 920 PJRM telah dilaksana, menarik kehadiran 2.3 juta pengunjung dengan nilai transaksi pembelian lebih RM1.4 juta.

"Pelaksanaan PJRM jelasnya sedikit sebanyak ia memberi kelegaan kepada rakyat dalam mengurus kos sara hidup.


"Inilah yang sedang diusahakan oleh Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bukan sekadar menyediakan bantuan, tetapi memperkemaskan sistem penyampaian supaya setiap ringgit subsidi benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan," jelasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page