top of page

Berita


Tidak perlu panik beli barang, bekalan cukup - KPDN WPKL
Orang ramai tidak perlu melakukan pembelian panik susulan perkembangan konflik di Asia Barat kerana bekalan barangan asas mencukupi, demikian kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mohd Shahran Mohd Arshad berkata kementerian juga sentiasa memantau serta menyelia harga barang sepanjang tempoh konflik ini. "KPDN WPKL memberi jaminan bahawa bekalan barangan keperluan asas harian adala

Helmi Mohd Foad
Apr 142 min read
Â
Â


Bekalan beras cukup hingga hujung tahun, elak belian panik
Bekalan beras negara, makanan ruji untuk 32 juta rakyat Malaysia dianggarkan mencukupi sehingga hujung tahun ini dan kerajaan mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembelian panik yang boleh mengganggu kestabilan pasaran. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata tindakan membeli secara berlebihan boleh menyebabkan jangka hayat stok beras menjadi lebih singkat daripada sepatutnya. "Insya-Allah cukup sampai hujung tahun asalkan kita

Helmi Mohd Foad
Apr 12 min read
Â
Â


Kerajaan pantau krisis Asia Barat, pastikan rantaian bekalan tidak terjejas
Kerajaan MADANI sedang berusaha meminimumkan kesan krisis di Asia Barat terhadap rantaian bekalan serta keperluan asas rakyat di negara ini. Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim (gambar) berkata, walaupun situasi di wilayah tersebut berpotensi menjejaskan rantaian bekalan, setakat ini bekalan barangan asas di negara ini masih stabil dan mencukupi. "Keutamaan kerajaan adalah untuk memastikan bekalan barangan keperluan asas terus terjamin. Buat masa

Suara Keadilan
Mar 71 min read
Â
Â


KPDN diarah jamin bekalan, harga stabil sepanjang Ramadan
Perdana Menteri telah meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) supaya memastikan bekalan barangan keperluan harian mencukupi sepanjang Ramadan serta menjelang perayaan Aidilfitri. Menurut Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah (gambar) , menerusi arahan sama, KPDN turut diminta memperhebat pemantauan harga dan bekalan keperluan harian melalui Op Pantau 2026. "Ramadan dan menjelang Syawal merupakan tempoh di mana per

Azuan Ab Rahman
Mar 41 min read
Â
Â


Isu air soal kebajikan rakyat, bukan politik - Pemuda HARAPAN Johor
Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor tampil menjawab maklum balas yang diberikan oleh Menteri Besar (MB) Johor berhubung isu gangguan bekalan air yang dibangkitkan sebelum ini, sambil menegaskan bahawa pendirian mereka adalah demi kepentingan rakyat. Kenyataan itu merujuk penjelasan MB, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta beberapa pemimpin UMNO negeri berhubung gangguan bekalan air yang berlaku. Menurut Pemuda HARAPAN Johor, mereka menghargai penjelasan yang diberikan dan menegaska

Suara Keadilan
Feb 222 min read
Â
Â


Gangguan bekalan air berulang: Setakat mana keupayaan sumber air Johor?
Isu gangguan bekalan air yang berulang di beberapa kawasan di Johor sejak tahun lalu menimbulkan persoalan mengenai keupayaan sumber air negeri itu dalam menghadapi situasi kecemasan. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Tebrau, Jalex Lee berkata, gangguan bukan sahaja berlaku di Simpang Renggam dan Benut pada tahun 2026, malah sepanjang 2025 beberapa kawasan lain turut terjejas. "Saya pun rasa pelik, bukan sahaja Simpang Renggam dan Benut pada tahun 2026, tetapi tahun 2025 di

Suara Keadilan
Feb 212 min read
Â
Â
bottom of page
