top of page

KPDN diarah jamin bekalan, harga stabil sepanjang Ramadan

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 50 minutes ago
  • 1 min read

Perdana Menteri telah meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) supaya memastikan bekalan barangan keperluan harian mencukupi sepanjang Ramadan serta menjelang perayaan Aidilfitri.


Menurut Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah (gambar), menerusi arahan sama, KPDN turut diminta memperhebat pemantauan harga dan bekalan keperluan harian melalui Op Pantau 2026.


"Ramadan dan menjelang Syawal merupakan tempoh di mana permintaan terhadap barangan keperluan harian meningkat secara ketara.


"Menyedari hakikat ini, Perdana Menteri menegaskan bahawa ketersediaan bekalan serta kestabilan harga barang wajib terjamin di seluruh negara tanpa sebarang alasan," katanya.


Tunku Nashrul berkata begitu menerusi Taklimat Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung melalui Facebook.


Sementara itu tambahnya, Perdana Menteri turut memberi penekanan khusus terhadap pemantauan harga makanan di bazar Ramadan di seluruh negara agar kekal berpatutan.


Perdana Menteri juga mahu aspek kebersihan premis perniagaan diberi perhatian serius dengan sokongan dan penyeliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menjamin keselesaan serta keselamatan orang ramai.


"Kerajaan MADANI komited memastikan Ramadan dan Syawal tahun ini menjadi perayaan yang penuh makna bagi semua rakyat Malaysia, tanpa bebanan kos sara hidup yang berlebihan.


"Justeru, Program Jualan Rahmah MADANI akan diteruskan sepanjang Ramadan bagi membolehkan rakyat memperoleh barangan keperluan pada harga lebih rendah," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page