top of page

Berita


Calon baharu bukan kelemahan, sebaliknya kelebihan di DUN Gambir
Syed Ibrahim ditemui sewaktu walkabout bersama Nurul Izzah di DUN Gambir Pencalonan Mohd Nor Mohd Yusof bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir meskipun muka baharu memberi kelebihan kepada pengundi kerana calon berkenaan lebih dekat dengan rakyat. Menurut Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh, ada pihak yang membandingkan Mohd Nor dengan calon lawan daripada UMNO yang pernah menjadi ADUN, namun pengalaman semata-mata bukan penentu kemampuan seseorang menjadi waki

Redzuan Shamsudin
Jul 52 min read
Â
Â


Ciplak: Manifesto PH lalui proses libat urus, berasaskan keperluan rakyat
Dakwaan bahawa manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diciplak daripada pihak lain amat tidak wajar. Menurut Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan (gambar), manifesto berkenaan dibangunkan berdasarkan kajian serta proses libat urus bersama rakyat. Katanya, persamaan beberapa isu yang diketengahkan dalam manifesto parti-parti politik adalah sesuatu yang lumrah kerana hal itu berkait rapat dengan masalah sebenar yang dihadapi rakyat. "Manifesto PH di

Redzuan Shamsudin
Jul 52 min read
Â
Â


Perkasa budaya dialog: Jika yakin dengan pendirian, mengapa takut dialog? - Anwar
DS Anwar mahu budaya dialog menjadi keutamaan bagi mendapatkan gambaran sebenar keperluan rakyat Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan budaya dialog perlu terus diperkasakan kerana menjadi asas kepada pembinaan kefahaman, percambahan idea serta penyelesaian yang lebih baik dalam masyarakat. Beliau berkata, masyarakat yang matang seharusnya melihat perbezaan pandangan sebagai peluang untuk bertukar idea, bukannya alasan untuk bermusuhan atau mengel

Suara Keadilan
Jul 52 min read
Â
Â


Johor: Rapat jurang kaya - miskin, utamakan agenda rakyat - PM
DS Anwar teruja bersama anak muda, di sebelahnya (kanan) calon DUN Bukit Batu Arthur Chiong Sen Sern. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Johor dan Malaysia bukan negeri atau negara yang miskin, sebaliknya cabaran utama yang perlu ditangani ialah merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin yang semakin melebar. Beliau berkata, kerajaan tidak boleh hanya berbangga dengan pembangunan berskala besar, sedangkan masih terdapat kawasan dan kediaman daif yang

Suara Keadilan
Jul 52 min read
Â
Â


Komitmen PM kepada komuniti Felda cukup jelas - Dr Puad Zarkashi
Dr Puad (kiri) disambut mesra oleh DS Anwar dalam program di FELDA Ulu Tebrau, malam tadi Bekas pemimpin tinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan kawasan Felda sebagai bukti Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius kepada kebajikan komuniti peneroka. Menurut beliau, penegasan berulang kali oleh Anwar mengenai pembangunan Felda, khususnya Felda Ulu Tebrau, mencerminkan kesungguhan kerajaan

Suara Keadilan
Jul 51 min read
Â
Â


Dr Puad umum sokongan kepada calon PH DUN Rengit
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr Puad Zarkashi mengumumkan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, Mohamad Yazid Bakri, menerusi satu hantaran di media sosial. Puad umum sokongan terbuka kepada calon PH Pengumuman itu dibuat selepas beliau mengumumkan keluar daripada UMNO berkuat kuasa 25 Jun lalu, sekali gus menamatkan lebih tiga dekad penglibatannya dalam parti berkenaan. Sebelum ini, Setiausaha Agun

Suara Keadilan
Jul 51 min read
Â
Â


'Undi masa depan Johor, bukan untuk bebas Najib'
Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Aidi Amin Yazid (gambar) dengan tegas mengingatkan pilihanraya tidak boleh dijadikan platform mempengaruhi atau mentafsir semula keputusan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak. Dalam satu kenyataan pada Sabtu, beliau menegaskan bahawa pilihanraya diadakan bertujuan menentukan mandat bagi pembentukan kerajaan dan bukannya referendum terhadap situasi undang-undang atau peribadi mana-mana individu. "PRN bertujuan menentuka

Suara Keadilan
Jul 51 min read
Â
Â


Tolak politik perkauman demi masa depan DUN Tenang - Elia Nadira
Elia Nadira gigih berkempen menerangkan tawaran manifesto PH kepada pengundi Johor. Foto: FB Elia Nadira Pilihanraya perlu menjadi medan menawarkan idea, dasar dan penyelesaian kepada masalah rakyat, bukannya platform memecah-belah masyarakat dengan isu kaum yang boleh menggugat keharmonian. Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN N.05 Tenang, Elia Nadira Sabudin menyeru agar semua parti politik agar menghentikan politik sentimen kaum. Sebaliknya, mengutamakan perpaduan serta age

Azuan Ab Rahman
Jul 51 min read
Â
Â


Manifesto PH realistik, jawab keperluan sebenar rakyat Johor
Sepuluh tawaran utama 'Johor Untuk Semua' oleh Pakatan Harapan (PH) merupakan komitmen yang realistik bagi memastikan kemajuan negeri dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat Johor. Calon Pakatan Harapan bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman (gambar) berkata tawaran tersebut bukan sekadar manifesto, sebaliknya pelan tindakan yang memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat, pembangunan ekonomi, peluang pekerjaan, pendidikan serta kesejahteraan anak Johor. "Sepuluh tawaran dalam

Suara Keadilan
Jul 51 min read
Â
Â


Pemimpin agama diseru jadi agen perpaduan, pelihara keharmonian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pemimpin agama di negara ini menjadi agen perpaduan, memupuk toleransi dan kematangan demi memelihara agama dan keharmonian masyarakat berbilang kaum. Berucap pada Majlis Hi-Tea Bersama Pemimpin Masyarakat Johor di Johor Bahru pada Sabtu, beliau menegaskan, Malaysia sebagai salah satu negara paling selamat di dunia tidak boleh memberi ruang kepada sentimen perkauman berkembang. "Kita tidak terlepas daripada akar hidup kita. H

Suara Keadilan
Jul 51 min read
Â
Â


Mekanisme subsidi diesel perlu diperbaiki elak golongan tertentu tercicir
Pelaksanaan subsidi diesel bersasar perlu dikaji semula bagi memastikan rakyat yang benar-benar layak tidak tercicir daripada menerima manfaat subsidi. Menurut Ahli Dewan Negara, Senator Abun Sui Anyit (gambar), terdapat beberapa isu dalam pelaksanaan semasa yang menyebabkan sebahagian rakyat Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak, terpaksa membeli diesel pada harga pasaran walaupun mereka merupakan golongan yang sepatutnya menikmati subsidi kerajaan. "Saya ingin menarik per

Suara Keadilan
Jul 42 min read
Â
Â


Surau Jumaat tertinggi di Malaysia dirasmikan di Menara Merdeka 118
Dr Zulkifli menurunkan tandatangan meraskikan Surau Jumaat Al Insan Maybank, semalam Surau Al-Insan Maybank yang terletak di tingkat 57 Menara Merdeka 118 kini menjadi surau Jumaat tertinggi di Malaysia selepas dirasmikan semalam sebagai sebahagian daripada usaha memperluaskan kemudahan ibadah kepada umat Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan bersyukur kerana Surau Al-Insan itu bukan sahaja menawarkan suasana yang selesa, malah menyed

Suara Keadilan
Jul 41 min read
Â
Â


Dunia Islam kukuhkan perpaduan, pengorbanan pemimpin Iran satu iktibar - MAPIM
Azmi (bersongkok) hadir memberikan penghormatan terakhir kepada pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyeru dunia Islam memperkukuhkan perpaduan, kepimpinan berprinsip dan kerjasama strategik susulan upacara pengkebumian mantan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang disifatkan sebagai detik penting untuk umat Islam bermuhasabah. Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, upacara tersebut bukan sekadar ma

Suara Keadilan
Jul 42 min read
Â
Â


Johor pilih politik inklusif, penyokong PH perlu keluar mengundi
Naib Ketua Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean (gambar) berkata keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2022 membuktikan majoriti rakyat Johor menyokong politik yang inklusif dan menolak pendekatan yang memainkan sentimen kaum serta agama. Katanya, kejayaan Pakatan Harapan (PH) memenangi 14 kerusi Parlimen di Johor menunjukkan kecenderungan pengundi Johor terhadap politik yang meraikan kepelbagaian. "Keputusan itu sangat jelas menunjukkan rakyat Johor tidak mudah terpengaruh dengan part

Sidiqin Omar
Jul 42 min read
Â
Â


'60 tahun, 33 bulan memerintah, tak dengar perlu penyatuan Melayu-Islam'
Ustaz Abu Hafiz menyelar konsep politik mengutamakan Melayu sahaja. Foto: FB Ramanan Ungkapan perlunya orang Melayu bersatu di belakang beberapa parti tertentu tidak kedengaran sewaktu UMNO atau Pas sedang berkuasa di Putrajaya. Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Ustaz Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, isu berkenaan hanya timbul apabila tiba waktu Pilihan Raya Negeri Johor. "Dahulu lebih 60 tahun memerintah (UMNO), kemudian memegang kuasa di Putrajaya selama 33 bulan (P

Sidiqin Omar
Jul 42 min read
Â
Â


'Kerjasama Kerajaan Perpaduan negara stabil, Ringgit naik'
Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil berucap di ceramah Simpang Renggam. Foto : FB Faiz Fadzil Semangat kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan menjadi contoh bahawa kestabilan boleh dicapai apabila parti-parti politik mengutamakan kepentingan negara mengatasi kepentingan politik sempit. Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil berkata, pengalaman negara berdepan krisis sebelum ini menunjukkan betapa pentingnya kestabilan politik dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan kelangsungan

Sidiqin Omar
Jul 42 min read
Â
Â


Kerjasama Pusat bantu capai aspirasi Johor maju, berdaya saing - Ramanan
Kerajaan MADANI membuktikan komitmennya terhadap pembangunan Johor melalui pelbagai inisiatif strategik yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat

Suara Keadilan
Jul 42 min read
Â
Â


Anwar pimpin pecutan akhir kempen, tingkat gelombang sokongan PH
Kehadiran Perdana Menteri dilihat sebagai usaha memperkukuh sokongan terhadap 56 calon PH daripada KEADILAN, AMANAH dan DAP selain menyuntik semangat jentera parti yang kini memasuki fasa terakhir kempen

Suara Keadilan
Jul 42 min read
Â
Â


Cikgu Misrin mahu jadi ADUN dekat dengan rakyat
Cikgu Misrin (berbaju putih) memperjuangkan pembangunan seimbang, selesai masalah di DUN Sri Medan Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.18 Sri Medan, Hishamuddin @ Misrin Ishak, menaruh harapan tinggi agar pengundi di kawasan tersebut dapat memahami dan menyokong agenda perjuangan dibawakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hishamuddin, atau lebih mesra disapa 'Cikgu Misrin', berkata penerimaan positif masyarakat terhadap naratif Kerajaan Per

Azuan Ab Rahman
Jul 42 min read
Â
Â


Jentera UMNO DUN Senggarang alih sokongan ke PH
Jentera UMNO di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.24 Senggarang didakwa memboikot kempen calon Barisan Nasional, sekaligus menggerakkan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH), Onn Abu Bakar. Portal The Malaysia Press (TMP) dipetik mendakwa tindakan boikot itu diputuskan sebulat suara beberapa cawangan UMNO di kawasan berkenaan susulan calon mereka Mohd Yusla Ismail gagal menunaikan beberapa janji kepada rakyat sebelum ini. "Kami memang sedang memboikot Yusla. Banyak pe

Suara Keadilan
Jul 41 min read
Â
Â
bottom of page
