top of page

Johor pilih politik inklusif, penyokong PH perlu keluar mengundi

  • Writer: Sidiqin Omar
    Sidiqin Omar
  • 1 day ago
  • 2 min read

Naib Ketua Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean (gambar) berkata keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2022 membuktikan majoriti rakyat Johor menyokong politik yang inklusif dan menolak pendekatan yang memainkan sentimen kaum serta agama.


Katanya, kejayaan Pakatan Harapan (PH) memenangi 14 kerusi Parlimen di Johor menunjukkan kecenderungan pengundi Johor terhadap politik yang meraikan kepelbagaian.


"Keputusan itu sangat jelas menunjukkan rakyat Johor tidak mudah terpengaruh dengan parti yang menunggang agama atau memainkan isu perkauman.


"Majoriti pengundi di Johor menyokong kepelbagaian dan inklusiviti. Semua kaum dapat duduk bersama membangunkan negeri ini," katanya pada program Siri Jelajah Johor Ke Depan, Undi Harapan di Simpang Renggam, malam tadi.


Menurut beliau, sokongan terhadap PH di peringkat Parlimen membuktikan rakyat Johor lebih cenderung kepada pentadbiran yang bersifat sederhana dan merangkumi semua lapisan masyarakat.


Bagaimanapun, Loh berkata kegagalan PH membentuk Kerajaan Negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu bukan disebabkan perubahan sokongan rakyat, sebaliknya berpunca daripada kadar keluar mengundi yang rendah dalam kalangan penyokong gabungan itu.


Beliau berkata ramai penyokong PH yang berada di luar daerah, luar negeri atau luar negara tidak pulang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.


"Ramai yang bekerja atau belajar di tempat lain tidak kembali ke kawasan masing-masing untuk mengundi. Itulah antara faktor kita tidak berjaya membentuk kerajaan negeri pada pilihan raya yang lalu," katanya.


Sehubungan itu, beliau menyeru penyokong PH supaya tidak mengulangi keadaan sama pada pilihanraya kali ini dengan memastikan mereka keluar mengundi.


Ker Chean menjelaskan wujud kerjasama politik antara parti pembangkang apabila penyokong diminta mengundi calon tertentu di kawasan yang tidak ditandingi parti mereka.


Justeru itu katanya pengundi perlu memahami mesej politik yang disampaikan dan membuat pilihan berdasarkan hala tuju yang mengutamakan perpaduan serta kepelbagaian masyarakat.


"Saya berharap pengundi Johor yang bijak akan membuat keputusan untuk menyokong Pakatan Harapan demi mempertahankan kepelbagaian dan inklusiviti yang menjadi kekuatan negeri ini," katanya lagi.


Untuk rekod, pemimpin Pas sebelum ini mengarahkan ahli dan penyokong mereka mengundi calon BN biarpun bukan Islam menghadapai calon PH yang Islam di kawasan yang mereka tidak bertanding.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page