top of page

Kerjasama Pusat bantu capai aspirasi Johor maju, berdaya saing - Ramanan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 2 min read
ORANG ramai menghadiri program jelajah Johor ke Depan, Undi Harapan di Simpang Renggam malam tadi, 3 Jun 2026. Foto Ihsan R. Ramanan melalui Facebook
ORANG ramai menghadiri program jelajah Johor ke Depan, Undi Harapan di Simpang Renggam malam tadi, 3 Jun 2026. Foto Ihsan R. Ramanan melalui Facebook

Aspirasi menjadikan Johor sebagai negeri paling maju dan berdaya saing di Malaysia hanya mampu direalisasikan menerusi kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang diterajui Kerajaan MADANI.


Naib Presiden KEADILAN Datuk Seri R. Ramanan berkata kejayaan itu memerlukan kesepaduan dasar serta komitmen semua pihak bagi mempercepatkan pembangunan dan membawa manfaat terus kepada rakyat.


"Johor mempunyai potensi luar biasa muncul untuk menjadi antara negeri paling maju dan berdaya saing di Malaysia.


"Namun potensi itu hanya dapat direalisasikan melalui kerjasama yang kukuh antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan demi mempercepatkan pembangunan, menarik lebih banyak pelaburan berkualiti dan mewujudkan peluang pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat," katanya ketika berucap pada program Jelajah Johor Ke Depan, Undi Harapan bersama barisan kepimpinan utama Pakatan Harapan di Simpang Renggam, malam tadi.


RAMANAN berucap pada program Jelajah Johor ke Depan, Undi Harapan di Simpang Renggam malam tadi, 3 Jun 2026. Foto Ihsan R. Ramanan melalui Facebook
RAMANAN berucap pada program Jelajah Johor ke Depan, Undi Harapan di Simpang Renggam malam tadi, 3 Jun 2026. Foto Ihsan R. Ramanan melalui Facebook

Ramanan yang juga Menteri Sumber Manusia berkata Kerajaan MADANI telah membuktikan komitmennya terhadap pembangunan Johor melalui pelbagai inisiatif strategik yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat.


Antara inisiatif tersebut termasuk pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), pengukuhan perlindungan sosial, pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), bantuan kepada usahawan serta pelbagai program yang membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada rakyat.


Dalam sesi dialog bersama penduduk, Ramanan turut menyentuh beberapa isu yang menjadi keutamaan masyarakat setempat, antaranya peluang pekerjaan, kemudahan asas, capaian Internet, keselamatan serta pembangunan kawasan yang memerlukan perhatian dan tindakan berterusan.


Beliau menegaskan usaha kerajaan tidak boleh terhenti sehingga setiap lapisan masyarakat menikmati hasil pembangunan secara adil dan tiada komuniti yang tercicir daripada arus kemajuan.


"Terima kasih kepada seluruh warga Simpang Renggam atas sambutan yang cukup luar biasa malam ini.


"Semangat dan keyakinan yang ditunjukkan menjadi pembakar semangat untuk kita terus bekerja keras demi masa depan Johor yang lebih maju, makmur dan inklusif," kata sambil akhiri ucapannya dengan laungan "Johor Ke Depan. Undi Harapan".

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page