top of page

Dr Puad umum sokongan kepada calon PH DUN Rengit

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr Puad Zarkashi mengumumkan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, Mohamad Yazid Bakri, menerusi satu hantaran di media sosial.

Puad umum sokongan terbuka kepada calon PH
Puad umum sokongan terbuka kepada calon PH

Pengumuman itu dibuat selepas beliau mengumumkan keluar daripada UMNO berkuat kuasa 25 Jun lalu, sekali gus menamatkan lebih tiga dekad penglibatannya dalam parti berkenaan.


Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mendakwa Mohd Puad pernah mengugut untuk meninggalkan parti serta mengkritik kepimpinan UMNO secara terbuka sekiranya anaknya tidak dicalonkan di kerusi DUN Rengit.


Bagaimanapun, Mohd Puad menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan keputusannya menyokong PH dibuat atas keyakinan terhadap hala tuju pembangunan yang dibawa gabungan berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page