top of page

Surau Jumaat tertinggi di Malaysia dirasmikan di Menara Merdeka 118

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read
Dr Zulkifli menurunkan tandatangan meraskikan Surau Jumaat Al Insan Maybank, semalam
Dr Zulkifli menurunkan tandatangan meraskikan Surau Jumaat Al Insan Maybank, semalam

Surau Al-Insan Maybank yang terletak di tingkat 57 Menara Merdeka 118 kini menjadi surau Jumaat tertinggi di Malaysia selepas dirasmikan semalam sebagai sebahagian daripada usaha memperluaskan kemudahan ibadah kepada umat Islam.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan bersyukur kerana Surau Al-Insan itu bukan sahaja menawarkan suasana yang selesa, malah menyediakan persekitaran kondusif kepada warga kerja untuk menunaikan solat Jumaat.


"Syukur, selesai Solat Jumaat di Surau Al-Insan Maybank. Memang selesa dan sangat kondusif untuk warga kerja di sini," katanya.


Beliau berkata, surau berkenaan mampu menampung seramai 1,205 jemaah dan merupakan inisiatif Kerajaan MADANI bersama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi memperkasakan pengimarahan Surau Jumaat di Wilayah Persekutuan.

Dr Zulkifli memberi tazkirah dan ucapan
Dr Zulkifli memberi tazkirah dan ucapan

"Surau Al-Insan merupakan surau tertinggi di Malaysia yang terletak di tingkat 57 Menara Merdeka 118," katanya.


Menurut beliau, pembukaan surau itu membuktikan komitmen pelbagai pihak dalam menyediakan kemudahan ibadah yang lebih baik di lokasi strategik.


Dr Zulkifli turut merakamkan penghargaan kepada Maybank, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atas kerjasama menjayakan inisiatif tersebut.


"Tahniah Maybank, JAWI, PNB dan MAIWP. Ini satu penanda aras yang cemerlang," katanya.


Beliau berkata, kerajaan akan meneruskan usaha memperluaskan penyediaan Surau Jumaat di pusat beli-belah, bangunan tinggi, pejabat serta kawasan Rehat dan Rawat (R&R) lebuh raya yang memenuhi syarat bagi memudahkan umat Islam menunaikan ibadah.


"Kita akan teruskan lagi usaha untuk memberi kemudahan sebaiknya kepada umat Islam beribadah khususnya Solat Jumaat di pusat beli-belah, bangunan tinggi dan pejabat, lebuh raya (R&R) dan lain-lain yang bersesuaian serta memenuhi syarat," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page