Jentera UMNO DUN Senggarang alih sokongan ke PH
- Suara Keadilan

- 3 hours ago
- 1 min read

Jentera UMNO di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.24 Senggarang didakwa memboikot kempen calon Barisan Nasional, sekaligus menggerakkan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH), Onn Abu Bakar.
Portal The Malaysia Press (TMP) dipetik mendakwa tindakan boikot itu diputuskan sebulat suara beberapa cawangan UMNO di kawasan berkenaan susulan calon mereka Mohd Yusla Ismail gagal menunaikan beberapa janji kepada rakyat sebelum ini.
"Kami memang sedang memboikot Yusla. Banyak perkara yang dijanjikan kepada rakyat tidak dilaksanakan. Ramai akar umbi, masyarakat setempat tidak berpuas hati sepanjang beliau menjadi wakil rakyat.
"Malah, ada program seperti Program Semarak Subuh Johor yang bayaran kepada pihak masjid dibuat lewat. Ada juga program lain yang dijanjikan tetapi sehingga kini masih belum ditunaikan," kata seorang sumber yang dipetik portal itu.
Sumber itu juga mendakwa, tindakan berkenaan dilakukan mereka bagi menghantar isyarat kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO bahawa suara akar umbi tidak boleh terus dipinggirkan.
"Kami UMNO cawangan sekitar DUN Senggarang memilih sebulat suara untuk memberi undi kepada calon Pakatan Harapan (PH), Onn Abu Bakar.
"Setiap kali berkempen berjumpa orang, kempen rumah ke rumah, kami akan suruh mereka untuk buang undi kepada Onn pada 11 Julai nanti, bukan kepada Yusla," tambah sumber tersebut.




Comments