top of page

Cikgu Misrin mahu jadi ADUN dekat dengan rakyat

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 3h
  • 2 min read
Cikgu Misrin (berbaju putih) memperjuangkan pembangunan seimbang, selesai masalah di DUN Sri Medan
Cikgu Misrin (berbaju putih) memperjuangkan pembangunan seimbang, selesai masalah di DUN Sri Medan

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.18 Sri Medan, Hishamuddin @ Misrin Ishak, menaruh harapan tinggi agar pengundi di kawasan tersebut dapat memahami dan menyokong agenda perjuangan dibawakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Hishamuddin, atau lebih mesra disapa 'Cikgu Misrin', berkata penerimaan positif masyarakat terhadap naratif Kerajaan Perpaduan menjadi pemakar semangat buat dirinya, menjadikan beliau tidak gentar menggalas cabaran di kerusi dianggap antara kubu kuat tradisi Barisan Nasional (BN) itu.


"Menang atau kalah, kita tetap berusaha sehabis baik, selebihnya kita berserah kepada ketentuan Allah. Harapan kita adalah agar kewibawaan kepimpinan Perdana Menteri dapat meresap masuk ke sanubari penduduk kampung di sini.


"Kita mahu perjuangan beliau (Anwar) benar-benar difahami oleh rakyat," katanya dipetik laporan media.


Mengulas mengenai gerak kerja kempen yang sedang rancak berlangsung, Hishamuddin menzahirkan rasa syukur atas sambutan luar biasa dan amat memberangsangkan daripada pengundi setempat.


Beliau turut menyatakan komitmen bagi memastikan kemudahan infrastruktur awam yang lebih baik dan pembangunan setara kawasan lain sekiranya diberi mandat mewakili penduduk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.


"Amanah sebagai ADUN bukan sekadar membawa suara rakyat ke dalam dewan, tetapi hadir bersama rakyat untuk mendengar dan menyelesaikan masalah mereka dengan baik.


"Sri Medan merupakan kawasan yang mempunyai kekuatan dalam sektor pertanian, perusahaan kecil namun rakyat berdepan cabaran peluang pekerjaan kemudahan asas dan pembangunan seimbang.


"Jika diberi mandat, saya akan jadi wakil rakyat yang mudah didekati, pusat khidmat akan sentiasa terbuka kepada semua dan akan kerap turun padang mendengar isu- isu rakyat.


"Selain itu saya akan memperjuangkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk anak -anak muda Sri Medan selain membantu memperkasa usahawan kecil,golongan petani dan latihan serta jaringan perniagaan mikro," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page