top of page

Berita


Kerjasama PH-BN di Pusat kekal
Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan diteruskan, kata Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar). Beliau berkata demikian menjawab soalan media mengenai status kerjasama gabungan itu pasca keputusan PRN Johor. "Kerjasama tetap diteruskan, sampai penghujung penggal, sehingga Perdana Menteri memanggil pilihan raya umum," katanya menjawab soalan media pada sidang media Pakatan Harapan selepas tamat Pilihan Raya

Hasbul Ahmad
Jul 121 min read


PRN Johor: Kadar sokongan pengundi Cina kepada PH masih tinggi
Peralihan undi penyokong Perikatan Nasional (PN) kepada Barisan Nasional (BN) dalam pertandingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menjadi antara faktor utama Pakatan Harapan (PH) gagal mempertahankan beberapa kerusi yang dimenangi pada PRN 2022 lalu. Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook (gambar), berbeza dengan PRN 2022 yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru, pilihanraya kali ini kebanyakan kerusi ditandingi secara satu lawan sa

Suara Keadilan
Jul 122 min read


DAP Johor hormati keputusan PRN, akan perbaiki kelemahan
DAP Johor menerima dengan terbuka keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 yang tidak memihak kepada parti itu, sambil menegaskan komitmen untuk melakukan penilaian menyeluruh terhadap punca kekalahan dan memperbaiki kelemahan. Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching (gambar) berkata, parti itu menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat Johor dan mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan yang diraih. "Dengan rasa rendah hati, DAP menerima keputusan

Suara Keadilan
Jul 122 min read


Perbaiki proses permohonan kewarganegaraan: KDN teliti syor EAIC
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan komitmennya untuk memperkukuh tadbir urus serta melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam pengurusan permohonan kewarganegaraan, susulan laporan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang mengemukakan syor penambahbaikan terhadap proses permohonan kewarganegaraan secara penaturalisasian. Menurut KDN, kementerian sentiasa menghormati fungsi semak dan imbang institusi yang diwujudkan di bawah undang-undang dan akan menel

Suara Keadilan
Jul 122 min read


Sokongan pengundi teras PH di Johor kekal - Amirudin
Amirudin menerangkan mengenai peralihan undi PN ke BN menyebabkan kemenangan besar gabungan itu Sokongan pengundi teras Pakatan Harapan (PH) di Johor masih kekal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16, namun peralihan sokongan daripada Perikatan Nasional (PN) kepada Barisan Nasional (BN) menjadi antara faktor utama yang mempengaruhi keputusan keseluruhan. Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shaari, berkata kawasan yang menjadi penyokong teras PH masih menunjukkan

Sidiqin Omar
Jul 122 min read


Dr Maszlee Malik menang DUN Puteri Wangsa
Dr Maszlee Malik (gambar), menang di DUN Puteri Wangsa selepas berjaya meraih 41,694 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16, malam tadi. Beliau diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya menewaskan pencabar daripada Barisan Nasional (BN), Teow Chia Ling yang memperoleh 35,956 undi, manakala calon MUDA, Rashifah Al Junied mendapat 5,821 undi, calon BERSAMA, Nicholas Paul Vincent memperoleh 2,389 undi dan calon Bebas, Wang Wee Szoang mendapat 238 undi. Sepanjang tempoh ke

Suara Keadilan
Jul 121 min read


Peralihan sokongan penyokong PN kepada BN lebarkan jurang undi - Khalid
Khalid (kiri) menjelaskan kekalahan calon PH akibat undi PN swing kepada BN dalam sidang media malam tadi Peralihan sokongan sebahagian penyokong Perikatan Nasional (PN), khususnya daripada Bersatu dan Pas kepada Barisan Nasional (BN) dikenal pasti sebagai faktor utama yang mewujudkan jurang undi lebih besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16. Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad, berkata perubahan corak pengundian itu di luar jangkaan dan m

Sidiqin Omar
Jul 121 min read


Mohammad Sabu rakam penghargaan kepada semua calon, jentera PH
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Johor yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 yang berlangsung semalam. Menerusi satu kenyataan malam tadi, Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua calon mewakili gabungan itu, para petugas, sukarelawan, penyokong serta seluruh jentera AMANAH, KEADILAN dan DA

Azuan Ab Rahman
Jul 121 min read


Lepasi sasaran awal: Selangor pacu pembangunan rumah mampu milik
Pembangunan “pipeline” rumah mampu milik di Negeri Selangor secara keseluruhan mencapai 257,779 unit membabitkan 494 projek sehingga 15 Jun lalu. Exco Perumahan Datuk Borhan Aman Shah (gambar) berkata, pencapaian itu sekaligus telah melepasi sasaran untuk menyediakan 200,000 unit rumah mampu milik menjelang 31 Disember 2028. "Jumlah ini membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan bekalan rumah mampu milik terus dipertingkat bagi memenuhi permintaan rakyat

Suara Keadilan
Jul 121 min read


PH mendahului di 9 DUN, KEADILAN hampir menangi Puteri Wangsa
Pakatan Harapan (PH) dilaporkan sedang mendahului di sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diperoleh setakat proses pengiraan undi berlangsung. Mengikut papan skor keputusan tidak rasmi, PH mendahului di DUN Bentayan, Simpang Jeram, Semerah, Penggaram, Tiram, Puteri Wangsa, Stulang, Perling dan Skudai. Sementara itu, keputusan tidak rasmi di DUN Puteri Wangsa menunjukkan calon KEADILAN, Dr Maszlee Malik, memperoleh 32,876 undi, men

Suara Keadilan
Jul 111 min read


PRN Johor: PH mendahului di 10 DUN setakat 7.30 malam
Kelihatan beberapa pimpinan PH sedang menanti keputusan PRN di Dewan Inderapura, Pulai Spring Resort Pakatan Harapan (PH) dilihat sedang mendahului kiraan undi di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 7.30 malam. Antara kerusi yang dilihat memihak kepada PH sebagaimana dipaparkan di skrin besar di Pusat Informasi PRN-16 Johor bagi PH di Dewan Inderapura, Pulai Spring Resort, Johor Bahru ketika ini. Sepuluh DUN tersebut ialah DUN

Suara Keadilan
Jul 111 min read


Kisah PM Anwar dan manuskrip Melayu abad ke 16 Imam al-Maturidi
Dr Zulkifli membentangkan legasi pemikiran ilmuan Malaysia dalam The International Conference on the Heritage of Imam al-Maturidi di Uzbekistan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan dalam ucapan di The International Conference on the Heritage of Imam al-Maturidi di Samarkand, Uzbekistan baru baru ini menekankan tentang legasi pemikiran Imam al-Maturidi yang menjadi asas kesederhanaan, toleransi, dan pencerahan dalam konteks Malaysia serta Nus

Suara Keadilan
Jul 112 min read


Tiga DUN majoriti Melayu catat kadar keluar mengundi tertinggi
Tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) majoriti Melayu mencatat kadar keluar mengundi tertinggi setakat jam 4 petang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, manakala tiga kerusi bandar yang disandang Pakatan Harapan (PH) merekodkan kadar paling rendah. DUN Semarang mendahului senarai dengan kadar keluar mengundi sebanyak 72.6 peratus. Kerusi yang mempunyai 27,734 pengundi berdaftar itu kini disandang Samsol Bari Jamali (BN-UMNO) yang mempertahankan kerusinya dalam saingan tig

Suara Keadilan
Jul 111 min read


Pengundi gagal mengundi di DUN Senggarang, nama diguna orang lain
Onn Abu Bakar ketika berceramah malam tadi di DUN Senggarang Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Onn Abu Bakar, mendakwa seorang pengundi di DUN berkenaan gagal menunaikan tanggungjawabnya selepas dimaklumkan bahawa namanya telah digunakan oleh individu lain untuk mengundi. Menurut beliau, satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu yang didakwa berlaku di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senggarang. "Ada satu lap

Suara Keadilan
Jul 111 min read


Bayar hutang 1MDB RM51 bilion, kebajikan rakyat tetap terjaga - Zawawi
Kejayaan Kerajaan MADANI mengurus ekonomi dengan baik sehingga mampu membayar hutang 1MDB bernilai RM51 bilion tanpa mengorbankan kebajikan rakyat. Hal itu, menurut penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni, menjadi bukti keberkesanan dasar ekonomi yang dilaksanakan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, dasar ekonomi yang cekap ketika ini mengingatkan rakyat kepada era PM Anwar menerajui Kementerian Kewangan selama

Akmal Manaf
Jul 112 min read


Nur Hafiz, Dr Maszlee harap pengundi keluar beramai ramai demi masa depan Johor
Nur Hafiz mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kluang pagi tadi Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Machap, Nur Hafiz Roslan pagi ini selesai membuang undi bersama ibunya di Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kluang kira-kira jam 9.15 pagi. Beliau yang juga bekas murid sekolah berkenaan berkata, suasana pengundian pada awal pagi ini amat memberangsangkan dan berharap momentum tersebut berterusan sehingga pusat mengundi ditutup. "Alhamdulillah, saya baru selesai meng

Suara Keadilan
Jul 112 min read


Pilih PH, tawar peluang pekerjaan, negeri berpendapatan tinggi - Amirudin
Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) menyeru rakyat Johor memberikan mandat kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi membolehkan gabungan itu melaksanakan agenda pembangunan yang disifatkan mampu menjadikan Johor sebuah negeri berpendapatan tinggi. Menurut beliau, rakyat Johor memikul tanggungjawab besar untuk menentukan masa depan negeri dan memilih kepimpinan yang mampu membawa perubahan demi kesejahteraan semua lapisan masyarak

Suara Keadilan
Jul 112 min read


Keluar mengundi di DUN Kota Iskandar, pastikan menang, bentuk kerajaan baharu
Dr Dzulkefly berharap lebih 70% keluar mengundi untuk memenangkan PH di DUN Kota Iskandar Pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Johor ke 11 pagi ini berjalan lancar dan cuaca di seluruh Johor pada pagi ini diramal cerah. Salah satu yang menjadi tumpuan adalah di kerusi N49 DUN Kota Iskandar, Johor Bahru yang mana Pakatan Harapan potensi menang. Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Dzulkefly Ahmad yang ditemui media usai membuang undi pagi ini menggesa pengundi di DUN berkenaan keluar

Suara Keadilan
Jul 111 min read


Pilih PH demi kerjasama erat dengan Persekutuan - Anwar
PM Anwar menyeru pengundi Johor memilih kerajaan yang selari dengan Persekutuan demi kemajuan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Johor supaya memberikan mandat kepada PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi memastikan kerjasama lebih erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan demi manfaat rakyat. Beliau berkata, Johor mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai negeri yang lebih maju, namun memerlukan kepimpinan yang berani

Suara Keadilan
Jul 112 min read


Peraturan bas ekspres baharu lindungi pengguna tanpa naik tambang
Peraturan baharu bas ekspres berkuat kuasa 15 Jun lalu tidak membabitkan sebarang kenaikan tambang bagi perkhidmatan itu, tegas Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). APAD menerusi satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan peraturan baharu itu bertujuan memperkemas pengkelasan perkhidmatan dan memperkukuh penguatkuasaan terhadap pengendali dengan kadar tambang bas ekspres kekal seperti yang berkuat kuasa sejak 2013. "Kerajaan tidak pernah menaikkan kadar tambang bas ekspres seja

Azuan Ab Rahman
Jul 111 min read
bottom of page
