top of page

Dr Maszlee Malik menang DUN Puteri Wangsa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Dr Maszlee Malik (gambar), menang di DUN Puteri Wangsa selepas berjaya meraih 41,694 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16, malam tadi.


Beliau diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya menewaskan pencabar daripada Barisan Nasional (BN), Teow Chia Ling yang memperoleh 35,956 undi, manakala calon MUDA, Rashifah Al Junied mendapat 5,821 undi, calon BERSAMA, Nicholas Paul Vincent memperoleh 2,389 undi dan calon Bebas, Wang Wee Szoang mendapat 238 undi.


Sepanjang tempoh kempen, Dr Maszlee membawa agenda yang memberi tumpuan kepada pembangunan kawasan, peluang pekerjaan berkualiti, pendidikan, kebajikan rakyat serta usaha menangani cabaran kos sara hidup.


Dr Maszlee merupakan satu satunya calon dari KEADILAN yang menang pada PRN kali ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page