top of page

Kerjasama PH-BN di Pusat kekal

Writer: Hasbul Ahmad
Hasbul Ahmad
Jul 12
1 min read

Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan diteruskan, kata Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar).


Beliau berkata demikian menjawab soalan media mengenai status kerjasama gabungan itu pasca keputusan PRN Johor.


"Kerjasama tetap diteruskan, sampai penghujung penggal, sehingga Perdana Menteri memanggil pilihan raya umum," katanya menjawab soalan media pada sidang media Pakatan Harapan selepas tamat Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam.


Kata Amiruddin, komitmen tersebut menjadi asas kepada kestabilan politik negara dan membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada agenda pembangunan serta kebajikan rakyat.


"Itu juga adalah janji dan komitmen BN," jelasnya lagi.


Dalam PRN Johor semalam, PH memenangi lapan kerusi daripada 56 yang dipertandingkan iaitu, DUN Bentayan, DUN Simpang Jeram, DUN Penggaram, DUN Mengkibol, DUN Puteri Wangsa, DUN Stulang, DUN Skudai dan DUN Senai.

1 Comment


Fara Pioky
Fara Pioky
Sep 14

The thing that I love most about using various weapons in Deadshot IO is that they all require different strategies. A weapon that works perfectly well in one scenario might not be suitable at all in another one.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page