top of page

Lepasi sasaran awal: Selangor pacu pembangunan rumah mampu milik

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jul 12
1 min read

Pembangunan “pipeline” rumah mampu milik di Negeri Selangor secara keseluruhan mencapai 257,779 unit membabitkan 494 projek sehingga 15 Jun lalu.


Exco Perumahan Datuk Borhan Aman Shah (gambar) berkata, pencapaian itu sekaligus telah melepasi sasaran untuk menyediakan 200,000 unit rumah mampu milik menjelang 31 Disember 2028.


"Jumlah ini membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan bekalan rumah mampu milik terus dipertingkat bagi memenuhi permintaan rakyat," katanya dipetik laporan media.


Terdahulu Borhan memaklumkan, daripada jumlah tersebut, sebanyak 26,004 unit telah siap dibina, manakala 47,062 unit sedang dalam pembinaan dan 73,066 unit berada pada peringkat pelaksanaan fizikal.


"Baki 184,713 unit pula sedang melalui pelbagai proses perancangan dan kelulusan teknikal yang dilaksanakan secara berperingkat sebelum pembinaan dimulakan," tambahnya.


Pembangunan "pipeline" merujuk pelbagai fasa pembangunan termasuk perancangan, pelaksanaan, dan pembinaan bagi memenuhi sasaran pada masa hadapan


Dalam perkembangan sama, Borhan berkata Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) merekodkan 83,375 permohonan rumah mampu milik sehingga 15 Jun lalu.


Menurutnya, seramai 24,398 pemohon telah menerima tawaran, manakala 38,627 masih berada dalam senarai menunggu dan 20,350 lagi menolak tawaran yang diberikan.


"Data ini membuktikan permintaan terhadap rumah mampu milik di Selangor masih tinggi dan Kerajaan Negeri akan terus menambah baik padanan antara penawaran dengan keperluan sebenar rakyat," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page