top of page

Peralihan sokongan penyokong PN kepada BN lebarkan jurang undi - Khalid

  • Writer: Sidiqin Omar
    Sidiqin Omar
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Khalid (kiri) menjelaskan kekalahan calon PH akibat undi PN swing kepada BN dalam sidang media malam tadi
Khalid (kiri) menjelaskan kekalahan calon PH akibat undi PN swing kepada BN dalam sidang media malam tadi

Peralihan sokongan sebahagian penyokong Perikatan Nasional (PN), khususnya daripada Bersatu dan Pas kepada Barisan Nasional (BN) dikenal pasti sebagai faktor utama yang mewujudkan jurang undi lebih besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.


Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad, berkata perubahan corak pengundian itu di luar jangkaan dan memberi kelebihan besar kepada calon-calon BN di banyak kawasan.


Menurut beliau, keputusan itu bukan berpunca daripada kemerosotan sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH), sebaliknya disebabkan berlakunya peralihan undi daripada penyokong PN kepada BN.


"Bagi kita, apa yang jelas ialah Perikatan Nasional, khususnya Bersatu hampir kehilangan penyokongnya. Sebahagian penyokong Bersatu dan juga Pas telah mengundi calon-calon Barisan Nasional.


"Ini merupakan satu perubahan yang tidak dijangka. Kita kalah bukan kerana sokongan kepada kita berkurangan, tetapi kerana berlaku swing undi dan pertambahan undi yang berpindah kepada calon-calon Barisan Nasional," katanya ketika mengulas keputusan PRN Johor Ke-16, hari ini.


Khalid berkata, corak pengundian itu menunjukkan berlaku perubahan ketara dalam landskap politik apabila sebahagian penyokong PN tidak lagi mengekalkan sokongan kepada gabungan tersebut, sebaliknya memilih BN.


Beliau berkata, perkembangan itu memberi kesan langsung kepada keputusan di beberapa kerusi apabila BN memperoleh pertambahan undi yang jauh lebih tinggi berbanding jangkaan awal.


Menurutnya, PH akan meneliti secara menyeluruh pola pengundian yang berlaku bagi mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada perubahan sokongan tersebut serta merangka strategi lebih berkesan untuk menghadapi pilihanraya akan datang.


Katanya, analisis pasca pilihanraya akan memberi tumpuan kepada trend peralihan pengundi di setiap kawasan bagi memastikan PH terus memperkukuh sokongan rakyat pada masa hadapan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page