top of page

PH mendahului di 9 DUN, KEADILAN hampir menangi Puteri Wangsa

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jul 11
1 min read

Pakatan Harapan (PH) dilaporkan sedang mendahului di sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diperoleh setakat proses pengiraan undi berlangsung.


Mengikut papan skor keputusan tidak rasmi, PH mendahului di DUN Bentayan, Simpang Jeram, Semerah, Penggaram, Tiram, Puteri Wangsa, Stulang, Perling dan Skudai.


Sementara itu, keputusan tidak rasmi di DUN Puteri Wangsa menunjukkan calon KEADILAN, Dr Maszlee Malik, memperoleh 32,876 undi, mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Teow Chia Ling, yang meraih 28,463 undi.


Di DUN Bukit Batu pula, persaingan dilaporkan berlangsung sengit apabila penyandang daripada KEADILAN berdepan saingan hebat dengan calon BN yang ketika ini mendahului berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page