top of page

Kisah PM Anwar dan manuskrip Melayu abad ke 16 Imam al-Maturidi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 21 hours ago
  • 2 min read
Dr Zulkifli membentangkan legasi pemikiran ilmuan Malaysia dalam The International Conference on the Heritage of Imam al-Maturidi di Uzbekistan
Dr Zulkifli membentangkan legasi pemikiran ilmuan Malaysia dalam The International Conference on the Heritage of Imam al-Maturidi di Uzbekistan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan dalam ucapan di The International Conference on the Heritage of Imam al-Maturidi di Samarkand, Uzbekistan baru baru ini menekankan tentang legasi pemikiran Imam al-Maturidi yang menjadi asas kesederhanaan, toleransi, dan pencerahan dalam konteks Malaysia serta Nusantara.


Menurut beliau, manuskrip Melayu tertua abad ke-16 iaitu terjemahan kitab "al-‘Aqa’id al-Nasafiyyah" (karya Imam al-Nasafi) yang dikaji oleh tokoh ilmuan Almarhum Tan Sri Prof. Diraja Syed Muhammad Naquib al-Attas merupakan antara rujukan utama aliran al-Maturidiah di Nusantara.


"Tidak ramai yang tahu kisah bagaimana manuskrip ini ditemui al-Marhum Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz dikaji Almarhum Tan Sri Prof. Diraja Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melancarkan karya penting ini.

DS Anwar merupakan tokoh politik penting dalam pengembangan ilmu Islam di Malaysia
DS Anwar merupakan tokoh politik penting dalam pengembangan ilmu Islam di Malaysia

"Manuskrip tulisan Melayu-Jawi abad ke-16 setebal 43 halaman yang menjadi salah satu penemuan agung Prof. Syed Naquib ini telah dibeli oleh Almarhum Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz di London pada tahun 1984, sekali gus membuktikan kekaguman Prof. Ungku Aziz terhadap karya seni dan sejarah meskipun banyak berbicara soal ekonomi," kata Dr Zulkifli dalam muat naik di media sosial.


Katanya, pada April 1988, majlis pelancaran terjemahan karya tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Seri Anwar selaku Menteri Pendidikan ketika itu dengan disaksikan oleh Prof. Syed Naquib dan Prof. Ungku Aziz, sekali gus mencerminkan hubungan erat antara kepimpinan negara dan tokoh ilmuwan dalam membina bangsa melalui peranan ilmu.


"Prof. Syed Naquib dan Prof. Ungku Aziz adalah antara watak-watak yang mengasah bakat kepimpinan, pemikiran Islam, dan kecintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap budaya ilmu sejak zaman mahasiswanya," kata Dr Zulkifli lagi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page