top of page

Peraturan bas ekspres baharu lindungi pengguna tanpa naik tambang

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 7 hours ago
  • 1 min read

Peraturan baharu bas ekspres berkuat kuasa 15 Jun lalu tidak membabitkan sebarang kenaikan tambang bagi perkhidmatan itu, tegas Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).


APAD menerusi satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan peraturan baharu itu bertujuan memperkemas pengkelasan perkhidmatan dan memperkukuh penguatkuasaan terhadap pengendali dengan kadar tambang bas ekspres kekal seperti yang berkuat kuasa sejak 2013.


"Kerajaan tidak pernah menaikkan kadar tambang bas ekspres sejak 2013 walaupun industri pengangkutan awam berdepan peningkatan kos operasi, penyelenggaraan dan harga bahan api.


"APAD akan terus komited memastikan setiap dasar dan peraturan yang dilaksanakan mengambil kira kepentingan pengguna, pengendali industri dan kelestarian sistem pengangkutan awam negara," kata agensi itu.


Mengulas lanjut agensi itu memaklumkan dua peraturan baharu yang dikuatkuasakan ialah Peraturan-Peraturan Pengangkutan Awam Darat (Penetapan Kategori Perkhidmatan Bas Ekspres) (Pindaan) 2026 dan Peraturan-Peraturan Pengangkutan Awam Darat (Kadar Tambang bagi Perkhidmatan Bas Ekspres) 2026.


"Menerusi kaedah baharu ini, Bas Ekspres Kategori Ekonomi ditakrifkan sebagai bas yang mempunyai susunan dua lajur tempat duduk berkembar (2+2) manakala Bas Ekspres Kategori Eksekutif ialah bas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu lajur tempat duduk tunggal (2+1).


"Pelaksanaan peraturan ini memastikan pengkelasan perkhidmatan bas ekspres dilaksanakan secara lebih telus, melindungi hak pengguna berdasarkan kelas perkhidmatan yang dipilih dan mewujudkan persaingan yang adil dalam industri pengangkutan awam darat," katanya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page