top of page

Berita


Minum arak di pantai PD: Pas, sekutu BN dicabar nyata pendirian
Pas yang ingin bersekutu dengan BN dalam pilihanraya di Negeri Sembilan dicabar menyatakan pendirian sama ada akan terus mempertahankan larangan pengambilan minuman keras di kawasan awam terutama di pantai Port Dickson atau berkompromi dengan pandangan yang dibangkitkan oleh pemimpin muda MCA berhubung isu tersebut. Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Sembilan, Raihan Md Idris menegaskan, dalam kerjasama bersama komponen BN pastinya Pas terpaksa berlembut denga

Akmal Manaf
Jul 172 min read


Kementerian Pertanian perkukuh usaha kurangkan impak El Nino
Kerajaan MADANI terus komited memperkukuh usaha bagi mengurangkan impak fenomena El Nino terhadap sektor agromakanan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pelbagai langkah mitigasi akan dilaksana bagi memastikan pengurusan sumber air yang lebih cekap, memperluas penggunaan teknologi pengairan pintar serta menyediakan bantuan kepada petani dan pesawah yang terjejas. Selain itu, kerajaan juga akan turut membuat pemantauan berterusan

Suara Keadilan
Jul 171 min read


Akmal Salleh tiada keberanian tegur keangkuhan Tok Mat - Saifuddin Shafi
Saifuddin Shafi Muhamad membidas tindakan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh yang dilihat terus mempertahankan tindakan tidak matang Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat). Menerusi satu hantaran di Facebook, Saifuddin Shafi (gambar) berkata, Dr Akmal sepatutnya mempunyai keberanian untuk menegur Tok Mat yang sengaja memperlekeh keputusan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun untuk bertanding di kawasan yang dikuasai Umno. "Tok Mat terlebih d

Azuan Ab Rahman
Jul 172 min read


Usaha PH majukan N Sembilan jangan terhenti setengah jalan - Anwar
DS Anwar dan Tok Min pada majlis pengenalan calon pada Selasa lalu Rakyat di Negeri Sembilan diseru agar terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada Pakatan Harapan (PH) dan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun. Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, segala usaha yang telah dibina bersama di negeri itu tidak seharusnya dibiarkan terhenti di pertengahan jalan. "Alhamdulillah, Tok Min telah memimpin Negeri Sembilan sejak 2018 dengan amanah, sederhana d

Azuan Ab Rahman
Jul 171 min read


ABIM saran gubal dasar keselamatan ekosistem inovasi nasional
Kerajaan MADANI disaran menggubal Dasar Keselamatan Ekosistem Inovasi Nasional bagi melindungi kedaulatan, keselamatan serta kepentingan strategik negara susulan isu Network School di Johor. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (gambar) berkata, dasar itu penting untuk mengimbangi keterbukaan negara kepada pelaburan, bakat dan inovasi global. Tambahnya, dasar tersebut juga sebagai kerangka yang menetapkan piawaian jelas saringan keselamata

Azuan Ab Rahman
Jul 171 min read


Aminuddin nafi 'lari' dari Sikamat, tekad berbakti di DUN Linggi
Antara foto terawal DS Aminuddin sebagai wakil rakyat Sikamat hampir dua dekad lalu Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan bahawa beliau "melarikan diri" dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, sebaliknya menegaskan keputusan bertanding di DUN Linggi dibuat atas pilihan dan kehendaknya sendiri untuk meneruskan khidmat kepada rakyat. Beliau berkata, selepas empat penggal diberi mandat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, tib

Redzuan Shamsudin
Jul 162 min read


'Tok Min lari ke DUN Linggi': Tok Mat tidak matang berpolitik - Saifuddin Shafi
Kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) yang mempersenda keputusan Datuk Seri Aminuddin Harun bertanding di DUN Linggi menyerlahkan watak sebenar seorang ‘pembuli politik’. Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) menegaskan bahawa kenyataan tidak matang pemimpin senior UMNO itu tidak mencerminkan teladan yang baik, khususnya sebagai seorang menteri dalam Kerajaan Persekutuan. "Tok Mat tidak sepatutnya memperlekeh kepu

Suara Keadilan
Jul 162 min read


JAKIM proaktif banteras ajaran sesat - Dr Zulkifli
Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) sentiasa proaktif dan konsisten memantau dan mengambil tindakan terhadap mana-mana dakyah yang menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan (gambar) berkata, masyarakat ketika ini sedang berhadapan cabaran baharu yang dibawa oleh evolusi digital dan ruang siber. Ujarnya, rea

Akmal Manaf
Jul 162 min read


Pemimpin MCA pertikai kerjasama BN-Pas di N Sembilan
Sejurus selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan barisan calonnya bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan malam tadi, seorang pemimpin MCA, parti komponen BN mempersoalkan dakwaan wujudnya persefahaman dengan "kawan" yang dipercayai merujuk kepada Pas. Menerusi satu hantaran di Facebook, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung (gambar) meluahkan kekeliruannya selepas pemimpin BN sebelum ini berulang kali menegaskan bahawa gabungan itu tidak bekerjasama dengan Pas na

Helmi Mohd Foad
Jul 162 min read


Aminuddin bukan lari ke DUN Linggi, tetapi tuntut mandat diberi ke Umno
DS Aminuddin (baju putih) sentiasa bersama rakyat dan tidak pernah melarikan diri mencari kerusi selamat Dakwaan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) bahawa Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun "melarikan diri" dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat untuk bertanding di DUN Linggi adalah tidak benar sama sekali. Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Melaka, Eddiarman Mohd Yunos, dakwaan Tok Mat itu hanyalah retorik politi

Redzuan Shamsudin
Jul 162 min read


SALAM: Malaysia bakal miliki rangkaian kabel dasar laut baharu
Malaysia bakal memiliki rangkaian kabel dasar laut domestik baharu yang menghubungkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak menerusi projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM), sekali gus memperkukuh tulang belakang komunikasi digital negara. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan berkata, projek strategik nasional di bawah rangka kerja Peruntukan Perkhidmatan Sejagat (USP) itu akan meningkatkan kapasiti serta daya tahan rangkaian komunikasi nega

Helmi Mohd Foad
Jul 162 min read


Mansuhkan caj 15% dikenakan ejen kutipan hutang kepada PTPTN - Karen
Kerajaan diseru memansuhkan serta-merta caj 15% yang dikenakan oleh ejen kutipan hutang terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana ia didakwa menambah beban kewangan golongan yang sedang bergelut untuk melunaskan pinjaman pendidikan mereka. Timbalan Bendahari Wanita KEADILAN Pusat, Karen Kasturi berkata, pihaknya menerima pelbagai maklum balas daripada rakyat, khususnya golongan muda, yang bukan enggan membayar balik pinjaman PTPTN, sebalikn

Akmal Manaf
Jul 162 min read


JAKIM nafi lantik pertubuhan urus pernikahan, semak kesahihan dokumen
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan pernah melantik mana-mana pertubuhan seperti yang tular untuk menguruskan atau memperakukan urusan pernikahan di negara ini. Dalam satu kenyataan, JAKIM memaklumkan semakan yang dijalankan mendapati dokumen yang dikaitkan dengan pertubuhan berkenaan bukan dokumen rasmi yang diiktiraf atau dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa agama Islam di Malaysia. "Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mahu pun Majlis/Jabatan Agama Is

Suara Keadilan
Jul 161 min read


Belanjawan Selangor 2027: Khidmat kesihatan rakyat terus ke kampung
DS Amirudin (tengah) selepas merasmikan majlis pelancaran program Ambulans Kita Selangor Fasa Dua Kerajaan Selangor bercadang memperkasa jaringan kesihatan awam termasuk membawa doktor dan perkhidmatan rawatan terus ke kawasan kejiranan serta perkampungan. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya sedang meneliti beberapa kertas cadangan berkaitan inisiatif yang bukan sahaja memberi tumpuan kepada penyediaan kemudahan rawatan di hospital atau klinik, malah mem

Suara Keadilan
Jul 161 min read


Super El Nino: PM arah Kementerian Pertanian sedia langkah mitigasi
DS Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keterjaminan Makanan Negara Bil. 1/2026. Foto: FB Anwar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) diarah segera menyediakan langkah mitigasi bagi menghadapi fenomena Super El Nino yang diramal melanda Malaysia bermula November ini. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut penting bagi mengurangkan impak fenomena berkenaan terhadap pengeluaran makanan negara, dalam masa sama memastikan komuniti pet

Suara Keadilan
Jul 161 min read


Fadhlina bantu kos pembedahan skoliosis remaja 13 tahun
Pesakit skoliosis bakal menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Kredit foto: Bernama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyalurkan sumbangan bagi membantu kos pembedahan skoliosis seorang remaja, Arissa El Zahra Reduan, 13 tahun. Pembedahan tersebut yang dijadualkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada 8 September ini turut dibantu Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) . "Alhamdulillah, saya dan YGTHO telah menyelesaikan kos rawatan/ pembedah

Suara Keadilan
Jul 161 min read


PH Pulau Pinang perkukuh strategi hadapi PRU
Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang sudah diarah untuk meneliti kelemahan dan perkukuh strategi terutama bagi mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Pengerusinya Chow Kon Yeow (gambar) berkata, semua jawatankuasa kecil PH di negeri itu sudah diminta mengadakan mesyuarat dan membentangkan laporan berkaitan pada awal Ogos depan. "Kita terima baik pandangan yang merupakan nasihat yang boleh memperbaiki apa-apa kelemahan, menambah baik kekuatan dan menyusun semula strategi

Suara Keadilan
Jul 161 min read


Kerajaan MADANI jamin subsidi, bantuan rakyat terus kekal
Kerajaan MADANI memberi jaminan tidak akan mengurangkan pemberian subsidi termasuk bantuan yang sedang disalurkan kepada rakyat. Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata pendirian itu kekal meskipun berdepan keadaan ketidaktentuan ekonomi global. "Kerajaan tidak akan mengurangkan apa jua subsidi atau bantuan sedia ada. Itulah pendirian kerajaan pada ketika ini," katanya di Dewan Rakyat pada Rabu. Mengulas lanjut beliau berkata, konflik di Asia Barat telah memberi tek

Suara Keadilan
Jul 161 min read


Segera baiki jalan pedalaman yang semakin kritikal - KEADILAN Baram
Keadaan jalan balak di kawasan Baram yang boleh menjadi jalan maut pada bila bila masa KEADILAN Baram menggesa Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan segera membaiki jalan perhubungan di kawasan pedalaman Baram yang disifatkan semakin kronik sehingga menjejaskan keselamatan serta kehidupan harian penduduk. Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan berkata, keadaan bekas jalan balak yang menjadi laluan utama masyarakat pedalaman kini berada pada tahap membimba

Suara Keadilan
Jul 152 min read


'Bahaya DAP': Pas kehabisan modal kempen di Negeri Sembilan - Mahfuz
Kempen menakut-nakutkan rakyat menggunakan slogan ‘bahaya DAP’ merupakan bukti jelas Pas telah kehabisan modal politik dan hanya mengalih perhatian daripada isu sebenar rakyat Negeri Sembilan. Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar (gambar) memberikan perbandingan kempen Pas itu dengan seorang doktor yang asyik bercakap mengenai penyakit tetapi enggan merawat pesakit. Akhirnya, kata beliau penyakit itu tetap tidak akan sembuh. "Politik sepatutnya menawarkan penyelesaian buka

Akmal Manaf
Jul 151 min read
bottom of page
