top of page

JAKIM nafi lantik pertubuhan urus pernikahan, semak kesahihan dokumen

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 34 minutes ago
  • 1 min read

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan pernah melantik mana-mana pertubuhan seperti yang tular untuk menguruskan atau memperakukan urusan pernikahan di negara ini.


Dalam satu kenyataan, JAKIM memaklumkan semakan yang dijalankan mendapati dokumen yang dikaitkan dengan pertubuhan berkenaan bukan dokumen rasmi yang diiktiraf atau dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa agama Islam di Malaysia.


"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mahu pun Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri tidak pernah melantik pertubuhan yang dinyatakan ini untuk menguruskan atau memperakukan urusan pernikahan," kata kenyataan berkenaan.


Sehubungan itu, JAKIM menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai atau menggunakan dokumen tersebut kerana ia tidak mempunyai pengiktirafan daripada pihak berkuasa agama.


"Semakan mendapati dokumen tersebut bukan merupakan dokumen yang diiktiraf atau dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa agama Islam di Malaysia.


"Oleh itu, orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai dan menggunakan dokumen berkenaan," katanya.


JAKIM turut menggesa orang ramai supaya sentiasa membuat semakan dengan jabatan itu atau Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sekiranya mempunyai keraguan terhadap kesahihan mana-mana dokumen berkaitan urusan agama Islam.


"JAKIM menggesa orang ramai supaya sentiasa membuat semakan dengan JAKIM atau Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sebelum mempercayai sebarang dokumen berkaitan urusan agama Islam yang diragui kesahihannya," kata kenyataan itu lagi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page