top of page

'Bahaya DAP': Pas kehabisan modal kempen di Negeri Sembilan - Mahfuz

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • Jul 15
  • 1 min read

Kempen menakut-nakutkan rakyat menggunakan slogan ‘bahaya DAP’ merupakan bukti jelas Pas telah kehabisan modal politik dan hanya mengalih perhatian daripada isu sebenar rakyat Negeri Sembilan.


Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar (gambar) memberikan perbandingan kempen Pas itu dengan seorang doktor yang asyik bercakap mengenai penyakit tetapi enggan merawat pesakit. Akhirnya, kata beliau penyakit itu tetap tidak akan sembuh.


"Politik sepatutnya menawarkan penyelesaian bukan sekadar mengenal pasti musuh. Jika benar DAP menjadi ukuran mutlak (bahaya), mengapa Pas sendiri pernah bekerjasama dengan DAP?


"Mengapa hari ini Pas pula begitu bersungguh-sungguh menawarkan kerjasama dengan UMNO sehingga sanggup meminta penyokongnya mengundi calon Barisan Nasional (BN)?


"Rakyat semakin bijak menilai. Mereka mahu melihat konsistensi (istiqamah) dan prinsip, bukan slogan yang berubah mengikut musim pilihanraya," katanya menerusi satu kenyataan.


Menurut Mahfuz lagi, pilihanraya Negeri Sembilan sepatutnya menjadi pertandingan idea tentang siapa mampu membawa kestabilan, membangunkan ekonomi, membantu anak muda, memperkukuh pendidikan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.


Sehubungan itu, mantan Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, Pas dan Perikatan Nasional (PN) sepatutnya membentangkan kepada rakyat Negeri Sembilan perbandingan pencapaian ekonomi dan pembangunan yang lebih hebat di negeri-negeri SG4 yang ditadbir parti pembangkang berbanding di Negeri Sembilan.


"Negeri Sembilan tidak memerlukan politik kebencian dan permusuhan. Negeri ini memerlukan politik yang matang, berhemah dan memberi harapan.


"Pas dan BN mahu rakyat takut kepada DAP. Pakatan Harapan (PH) mahu rakyat yakin kepada masa depan, politik ketakutan tidak mengenyangkan rakyat, (sebaliknya) politik penyelesaian yang membina negeri," katanya lagi.

1 Comment


Ken Ken
Ken Ken
Jul 15

Sebenarnya bukan sahaja PAS, Umno pun memainkan sentimen yang sama untuk memancing undi Melayu. Ini berlaku dalam PRN Johor baru2 ini. PH harus mendekati pengundi Melayu dengan memberi penjelasan bahawa "DAP tidak bahaya". Pemimpin2 DAP tidak korup dan tidak gila kuasa pun. Malah DAP jauh lebih ikhlas dalam niat mereka membangunkan negara dengan memberi contoh2 menteri2 DAP yang bekerja keras. Yang bahaya adalah pemimpin2 (tanpa kira kaum) yang korup yang telah merugikan negara.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page