top of page

Belanjawan Selangor 2027: Khidmat kesihatan rakyat terus ke kampung

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 42 minutes ago
  • 1 min read
DS Amirudin (tengah) selepas merasmikan majlis pelancaran program Ambulans Kita Selangor Fasa Dua
DS Amirudin (tengah) selepas merasmikan majlis pelancaran program Ambulans Kita Selangor Fasa Dua

Kerajaan Selangor bercadang memperkasa jaringan kesihatan awam termasuk membawa doktor dan perkhidmatan rawatan terus ke kawasan kejiranan serta perkampungan.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya sedang meneliti beberapa kertas cadangan berkaitan inisiatif yang bukan sahaja memberi tumpuan kepada penyediaan kemudahan rawatan di hospital atau klinik, malah memastikan perkhidmatan kesihatan lebih dekat dengan masyarakat.


"InsyaAllah dalam belanjawan tahun depan Kerajaan Negeri akan tambah pelbagai inisiatif kesihatan.


"Ia bukan hanya hantar pesakit ke hospital, klinik atau sediakan ambulans, beri kemudahan dan rawatan murah tetapi bawa doktor dan rawatan ke kawasan kejiranan.


"Ini akan lengkapkan keseluruhan ekosistem di samping siri jelajah EXCO kesihatan memperkenalkan Iltizam Selangor Sihat (ISS)," katanya dipetik laporan media tampatan.


Terdahulu Amiruddin merasmikan majlis pelancaran program Ambulans Kita Selangor Fasa Dua dan pengenalan ikon kesihatan awam Selangor di Shah Alam.


Sementara itu menurut beliau, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan jutaan ringgit bagi mengukuhkan aspek kesihatan awam menerusi Belanjawan tahun ini.


Ia termasuk RM2.5 juta dibelanja bagi menyediakan kemudahan saringan kesihatan percuma kepada rakyat selain meningkatkan peruntukan Program Selangor Mental Sihat (SEHAT) daripada RM700,000 kepada RM1.5 juta.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page