top of page

ABIM saran gubal dasar keselamatan ekosistem inovasi nasional

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 6 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan MADANI disaran menggubal Dasar Keselamatan Ekosistem Inovasi Nasional bagi melindungi kedaulatan, keselamatan serta kepentingan strategik negara susulan isu Network School di Johor.


Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (gambar) berkata, dasar itu penting untuk mengimbangi keterbukaan negara kepada pelaburan, bakat dan inovasi global.


Tambahnya, dasar tersebut juga sebagai kerangka yang menetapkan piawaian jelas saringan keselamatan, pengesahan identiti, tadbir urus dan pemantauan terhadap komuniti, hab teknologi serta platform inovasi membabitkan penyertaan warga asing.


"Negara yang progresif bukan sahaja mampu menarik pelabur dan bakat global malah mempunyai institusi yang cekap untuk mengurus risiko keselamatan yang hadir bersama keterbukaan tersebut," katanya dalam kenyataan.


Ahmad Fahmi membuat saranan tersebut susulan isu Network School yang sedang disiasat pihak berkuasa susulan dakwaan penglibatan individu mempunyai kaitan dengan Israel.


"Isu ini perlu dilihat melangkaui satu kes terpencil kerana Malaysia perlu mengimbangi keterbukaan kepada pelaburan dan inovasi dengan keupayaan melindungi keselamatan negara.


"ABIM turut menyambut baik pendirian tegas kerajaan bahawa Malaysia tidak membenarkan kehadiran warga Israel di negara ini, dan tindakan sewajarnya akan diambil jika siasatan mengesahkan dakwaan berkenaan," tambahnya.


Sementara itu menurut Ahmad Fahm, ABIM menyeru semua pihak agar menghormati proses siasatan dan mengelakkan sebarang spekulasi bagi memastikan tindakan diambil berasaskan fakta serta bukti sekali gus mengekalkan keyakinan rakyat terhadap institusi negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page