top of page

Berita


Kerajaan tidak paksa rakyat tukar MyKad baharu - JPN
Kerajaan tidak mewajibkan orang ramai menukar MyKad lama kepada MyKad baharu, sekali gus menepis dakwaan bahawa semua rakyat dipaksa berbuat demikian. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan, tiada kempen khusus yang sedang dilaksanakan pihaknya untuk mewajibkan orang ramai menukar alamat. Malah ujarnya, JPN juga tidak menjalankan sebarang operasi khas untuk mengambil tindakan bagi rakyat yang belum mengemas kini alamat pada MyKad. "Tanggungjawab memastikan maklumat pada

Akmal Manaf
Jul 232 min read
Â
Â


Belanjawan 2027 berteras nilai kemanusiaan, bukan sekadar angka
DS Anwar menekankan belanjawan manusiawi di ucaptama Humane Economy Global Discourse (HEGD) 2026 Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada awal Oktober depan akan terus berpaksikan nilai kemanusiaan, keadilan dan kesejahteraan rakyat, bukan sekadar mengejar pertumbuhan ekonomi semata-mata. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika kerajaan memuktamadkan belanjawan berkenaan, semua dasar utama negara termasuk strategi semikonduktor, peralihan tenaga, transform

Helmi Mohd Foad
Jul 233 min read
Â
Â


Elak politik taksub: Rakyat perlu menilai fakta, bukan pengikut semberono
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengingatkan bahawa budaya politik di Malaysia yang semakin dipengaruhi ketaksuban terhadap parti dan pemimpin terutama sewaktu berkempen pilihanraya boleh menjejaskan kematangan demokrasi serta menghalang penyelesaian terhadap pelbagai isu yang dihadapi negara. Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata landskap politik negara kini dilihat berubah daripada persaingan menawarkan dasar dan penyelesaian kepada mas

Redzuan Shamsudin
Jul 232 min read
Â
Â


"Saya mahu anak Melayu berjaya, anak Cina hebat, anak India cemerlang"
DS Aminuddin mahu menjadikan semua kaum hebat di Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan Pakatan Harapan (PH) bukan sekadar menabur janji, sebaliknya telah membuktikan kemampuan melaksanakan manifesto yang dijanjikan sepanjang mentadbir Negeri Sembilan sejak 2018. Beliau yang juga Pengerusi PH negeri berkata, rekod pentadbiran selama lapan tahun, termasuk tiga tahun bersama Barisan Nasional (BN), membuktikan kerajaan negeri berjaya menunaikan pelbagai komitmen y

Helmi Mohd Foad
Jul 234 min read
Â
Â


'BN-PN tiada poster boy, Aminuddin kekal MB jika PH menang'
DS Anwar menjamin kestabilan politik Negeri Sembilan dengan menawarkan DS Aminuddin sebagai calon MB Di tengah kekalutan BN-PN yang tidak menentukan siapakah poster boy, sama ada calon DUN Rantau 'Tok Mat' atau calon DUN Pertang Jalaluddin Alias, Pakatan Harapan (PH) tampil dengan imej stabil menetapkan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai calon Menteri Besar sekiranya diberi mandat pada 1 Ogos ini. Hal itu ditegaskan oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dal

Helmi Mohd Foad
Jul 233 min read
Â
Â


Selangor-N Sembilan berpotensi jadi koridor ekonomi baharu
Sinergi pembangunan strategik antara Selangor dan Negeri Sembilan berpotensi mewujudkan koridor pertumbuhan ekonomi baharu, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari (gambar). Menurutnya kedudukan geografi kedua-dua negeri yang berjiran memberikan kelebihan strategik dan mampu memperkukuh daya saing wilayah tengah negara menerusi jaringan pelaburan, pembangunan industri berteknologi tinggi serta infrastruktur logistik yang lebih bersepadu. "Trend pembangunan Selangor berg

Suara Keadilan
Jul 231 min read
Â
Â


Tiada alasan munasabah tolak pentadbiran Tok Min - Mat Sabu
DS Mohamad Sabu membantu calon PH berkempen di N Sembilan Tidak ada sebarang alasan munasabah untuk rakyat Negeri Sembilan menolak pentadbiran negeri yang kini diketuai Pakatan Harapan (PH). Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan, dibawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, negeri itu bukan sahaja kukuh dari segi pencapaian ekonomi, malah perpaduan dalam kalangan rakyatnya juga sangat kukuh. Bagaimanpun Mohamad menyatakan ra

Suara Keadilan
Jul 231 min read
Â
Â


Kebajikan OKU, warga emas keutamaan - Manivannan
Manivannan berkempen kepada seorang warga emas di DUN Jeram Padang. Foto: FB Manivanan Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Jeram Padang komited untuk memastikan kebajikan warga emas dan golongan OKU sentiasa terbela dan terus diperkasakan. Manivannan Gowin menegaskan, golongan tersebut berhak menikmati kehidupan lebih berkualiti menerusi akses kemudahan, bantuan dan perkhidmatan lebih baik dan beliau komitmen merealisasikannya jika diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali

Azuan Ab Rahman
Jul 231 min read
Â
Â


Rakyat N Sembilan diseru kekal mandat PH demi kestabilan negeri
DS Anwar berkempen di salah satu kerusi PH menghadapi cabaran paling sengit dari PN di N Sembilan Rakyat Negeri Sembilan diseru agar terus mengekalkan mandat Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang demi menjamin kestabilan dan kemajuan negeri. Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pentadbiran yang selari dengan Kerajaan Persekutuan amat penting bagi memastikan perancangan pembangunan dapat bergerak sehaluan. "Saya memohon kerjasama semua piha

Suara Keadilan
Jul 231 min read
Â
Â


Pembangunan tak bergantung 'warna baju', rakyat nilai berasaskan prestasi
Pembangunan Negeri Sembilan tidak bergantung kepada parti atau "warna baju" yang dipilih rakyat sebaliknya ditentukan oleh dasar yang jelas, kepimpinan berwibawa dan keupayaan melaksanakan projek yang memberi manfaat kepada rakyat, demikian menurut Pengarah Polisi DAP Kebangsaan, Datuk Chan Foong Hin (gambar). Beliau berkata kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid yang meminta rakyat tidak lagi memakai 'baju merah' sebaliknya mengenakan 'baju biru' seolah-olah me

Helmi Mohd Foad
Jul 223 min read
Â
Â


Tohmahan kesihatan kerabat diraja, SEKPUR buat laporan polis
Mejar (B) Razali membuat laporan polis di IPD Kuala Pilah negeri Sembilan, petang ini Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat Malaysia (SEKPUR) hari ini membuat laporan polis berhubung satu hantaran di media sosial yang didakwa mengandungi spekulasi dan fitnah berkaitan kesihatan seorang kerabat diraja Negeri Sembilan. Laporan itu dibuat oleh Setiausaha Agung SEKPUR, Mej (B) Razali Zakaria, yang memaklumkan beliau bertindak dalam kapasiti rasmi mewakili sekretariat berke

Suara Keadilan
Jul 221 min read
Â
Â


Penyatuan ummah: MCA lantang main isu Melayu-Islam, mengapa DAP disalahkan?
Rakyat Malaysia, khususnya pengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan diseru agar tidak mudah terpengaruh atau terpancing dengan propaganda berhubung isu penyatuan Melayu-Islam tajaan BN-PN, sebaliknya menilai setiap dakwaan parti-parti politik berkenaan secara objektif. Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata berdasarkan pemerhatiannya, sekiranya Pas benar benar mahu penyatuaan ummah maka parti itu tidak wajar b

Akmal Manaf
Jul 222 min read
Â
Â


Penyatuan Melayu-Islam: Anehnya komponen PN-BN ada bukan Melayu - Haziq
Perubahan pendirian Barisan Nasional (BN) untuk kembali menjalinkan kerjasama dengan Pas-PN dilihat bercanggah dengan kenyataan pemimpin parti itu sejak tiga tahun lalu yang lantang mengkritik Pas, dan mendakwa sebagai rakan politik yang tidak boleh dipercayai. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi (gambar) berkata, kerjasama antara BN dan Pas menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menunjukkan bagaimana pendirian politik

Akmal Manaf
Jul 222 min read
Â
Â


Kekacauan politik: Krisis di N Sembilan dirancang untuk ambil alih kuasa?
Perebutan kuasa dalam Kerajaan Negeri memaksa MB Aminuddin memanggil PRN awal. Foto: FB Aminuddin ULASAN: Krisis politik yang membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan awal bulan lalu bukan berpunca daripada kegagalan pentadbiran, kelembapan ekonomi atau masalah pembangunan, sebaliknya merupakan manifestasi strategi "politics of chaos" yang sengaja diwujudkan bagi mencetuskan ketidakstabilan politik untuk merebut kuasa. Dalam satu analisis yang dik

Helmi Mohd Foad
Jul 223 min read
Â
Â


Dr Hakim rancang projek Rumah Harapan jika dipilih wakil rakyat
Penyediaan rumah mampu milik untuk anak tempatan, sistem trafik yang lebih cekap serta penambahan sekolah menjadi antara keutamaan calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr Azizul Hakim Mahdi (gambar) sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke 16, pada 1 Ogos ini. Dr Azizul berkata, pembangunan pesat di Bandar Sri Sendayan perlu diseimbangkan dengan keperluan asas penduduk agar manfaatnya dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, te

Suara Keadilan
Jul 222 min read
Â
Â


Hampir 500 program dilaksana, isu elektrik, telekomunikasi berjaya diselesaikan
Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu, Datuk Ahmad Faez Abdul Razak (gambar) berkata, pendekatan turun padang secara konsisten melalui pelbagai program membolehkan pelbagai isu rakyat di kawasan itu diselesaikan. Menurut beliau, sejak diberi amanah sebagai Penyelaras DUN Labu, sebanyak 498 program telah dilaksanakan menerusi Pusat Khidmat bagi mendekati masyarakat serta menyampaikan perkhidmatan yang terbaik. "Daripada orang tak berapa nak kenal saya sam

Suara Keadilan
Jul 222 min read
Â
Â


Bersama BN penyatuan Melayu, berpisah dari Bersatu bukan perpecahan Melayu?
Agenda Melayu-Islam menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hanyalah strategi sempit untuk merebut kuasa dan tiada kena mengena dengan kelangsungan bangsa Melayu di Malaysia. Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) KEADILAN, Ustaz Amidi Abdul Manan (gambar) berkata, agenda tersebut hanyalah dalih untuk menghalalkan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pas bagi mengelakan kemarahan penyokong kedua dua belah parti yang sejak 2022 telah terbiasa b

Akmal Manaf
Jul 221 min read
Â
Â


Kesinambungan pentadbiran PH perlu diteruskan di N Sembilan - Penganalisis
Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dijangka akan menjadi medan yang memperlihatkan kekuatan sebenar Pakatan Harapan (PH), kata seorang penganalisis politik. Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Rashdan Sallehuddin berkata situasi kali ini berbeza dengan PRN Johor yang diadakan di negeri yang dianggap secara tradisi sebagai kubu kuat Umno. Dalam satu kenyataan, beliau berkata keputusan pilihanraya sebelum ini membuktikan pe

Azuan Ab Rahman
Jul 221 min read
Â
Â


Selangor anjur festival kebudayaan, iktiraf keunikan warisan Orang Asli
Kerajaan Negeri Selangor terus komited memelihara warisan budaya masyarakat Orang Asli, di samping memperkukuh pengiktirafan terhadap identiti, adat dan tradisi komuniti berkenaan. Exco Hal Ehwal Orang Asli V Papparaidu (gambar) berkata, sehubungan itu pihaknya akan menghimpunkan komuniti itu pada Festival Kebudayaan Orang Asli Negeri Selangor sempena Sambutan Hari Orang Asal Sedunia 2026. "Festival tahunan ini bakal menghimpunkan penyertaan komuniti daripada 74 kampung Oran

Azuan Ab Rahman
Jul 221 min read
Â
Â


Pentadbiran PH N Sembilan agih hasil negeri untuk manfaat rakyat - Jufitri
Manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membuktikan komitmen pentadbiran Datuk Seri Aminuddin Harun memastikan hasil yang dinikmati diterjemahkan kepada manfaat secara langsung kepada rakyat. Ahli Dewan Negara, Senator Dr Jufitri Joha (gambar) berkata, kejayaan kerajaan negeri merekodkan lebihan hasil hampir RM200 juta selama empat tahun berturut-turut membolehkan lebih banyak inisiatif kebajikan dan pembangunan dilaksanakan. Justeru beli

Suara Keadilan
Jul 221 min read
Â
Â
bottom of page
