top of page

Tohmahan kesihatan kerabat diraja, SEKPUR buat laporan polis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Mejar (B) Razali membuat laporan polis di IPD Kuala Pilah negeri Sembilan, petang ini
Mejar (B) Razali membuat laporan polis di IPD Kuala Pilah negeri Sembilan, petang ini

Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat Malaysia (SEKPUR) hari ini membuat laporan polis berhubung satu hantaran di media sosial yang didakwa mengandungi spekulasi dan fitnah berkaitan kesihatan seorang kerabat diraja Negeri Sembilan.


Laporan itu dibuat oleh Setiausaha Agung SEKPUR, Mej (B) Razali Zakaria, yang memaklumkan beliau bertindak dalam kapasiti rasmi mewakili sekretariat berkenaan.


Menurut laporan polis itu, hantaran yang dimuat naik oleh pemilik akaun media sosial dikenali sebagai "Che Gu Bard" didakwa mengandungi kenyataan serta spekulasi yang mengaitkan isu kesihatan seorang kerabat diraja dengan pelbagai naratif negatif.


Pengadu mendakwa penyebaran kandungan sedemikian berpotensi mencetuskan keresahan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.


"Berdasarkan hantaran tersebut, pemilik akaun terbabit telah memuat naik kenyataan serta dakwaan berunsur spekulasi yang mengaitkan isu kesihatan kerabat diraja (Tunku Gering) dengan pelbagai naratif negatif, fitnah, dan dakwaan ketulahan yang boleh mencetuskan keresahan serta kekeliruan dalam kalangan orang ramai," menurut laporan polis itu.


Dalam laporan sama, pengadu turut mendakwa tindakan menyebarkan naratif yang disifatkannya sebagai tidak berasas dan berunsur fitnah boleh menjadi kesalahan di bawah undang-undang negara, termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Kanun Keseksaan.


"Saya membuat laporan ini agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat menjalankan siasatan segera terhadap pemilik akaun serta mana-mana pihak yang terlibat dalam rantaian penyebaran fitnah ini, serta mengambil tindakan undang-undang yang tegas bagi membendung perbuatan tidak bertanggungjawab di platform media sosial," katanya dalam laporan berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page