top of page

Bersama BN penyatuan Melayu, berpisah dari Bersatu bukan perpecahan Melayu?

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 18 minutes ago
  • 1 min read

Agenda Melayu-Islam menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hanyalah strategi sempit untuk merebut kuasa dan tiada kena mengena dengan kelangsungan bangsa Melayu di Malaysia.


Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) KEADILAN, Ustaz Amidi Abdul Manan (gambar) berkata, agenda tersebut hanyalah dalih untuk menghalalkan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pas bagi mengelakan kemarahan penyokong kedua dua belah parti yang sejak 2022 telah terbiasa bersama sekutu lain dalam Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional.


"Apabila Pas bersama BN, ia disebut sebagai penyatuan Melayu, namun apabila Pas berpisah dengan Bersatu, keadaan itu tidak pula dilabelkan sebagai perpecahan Melayu.


"Pada saya, ia satu perkara yang amat pelik dan kelakar, maknanya istilah ini (digunakan) mengikut tafsiran pada masa-masa tertentu.


"Jadi sekarang ini apa sahaja istilah yang digunakan sebenarnya merujuk kepada 'kegilaan' terhadap kuasa (dan) bukannya atas andaian idealisme perjuangan masing-masing," katanya kepada Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas naratif penyatuan Melayu-Islam yang dikaitkan dengan kerjasama BN dan Pas di Negeri Sembilan.


Hal itu termasuk pertikaian oleh MCA selaku parti komponen BN terhadap larangan pengambilan minuman keras di kawasan pantai, serta persoalan mengenai 'parti Melayu' dalam PN dan BN yang turut disertai komponen bukan Melayu.


Menyimpulkan pandangannya, Ustaz Amidi berkata keadaan itu berpunca daripada pemikiran sempit yang lebih mengutamakan kepentingan politik masing-masing berbanding kepentingan negara secara keseluruhan.


Pada 19 Julai lalu, Pas mengajak rakyat negara ini khususnya pengundi menyatakan sokongan terhadap kerjasamanya dengan Umno.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page