Kebajikan OKU, warga emas keutamaan - Manivannan
- Azuan Ab Rahman

- 21 hours ago
- 1 min read

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Jeram Padang komited untuk memastikan kebajikan warga emas dan golongan OKU sentiasa terbela dan terus diperkasakan.
Manivannan Gowin menegaskan, golongan tersebut berhak menikmati kehidupan lebih berkualiti menerusi akses kemudahan, bantuan dan perkhidmatan lebih baik dan beliau komitmen merealisasikannya jika diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
"Golongan OKU juga tidak boleh terus dipinggirkan. Keperluan mereka perlu diberikan perhatian melalui penyediaan kemudahan awam yang lebih mesra.
"Ini termasuk kepada akses pendidikan, peluang pekerjaan, latihan kemahiran dan bantuan yang benar-benar memenuhi keperluan mereka," katanya.
Sebagai mengulas isu berkaitan warga emas, beliau bercadang memperlus program penjagaan kesihatan untuk masyarakat setempat.
Usaha merangkumi penglibatan lebih banyak pasukan perubatan ke peringkat komuniti, di samping penyediaan bantuan kebajikan dan sokongan sosial itu agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa dan bermaruah.
"Kemajuan sesebuah masyarakat bukan hanya diukur melalui pembangunan fizikal, tetapi juga melalui keupayaan kita menjaga kebajikan setiap lapisan rakyat tanpa mengira latar belakang.
"Tiada siapa harus dipinggirkan, termasuk warga emas dan OKU," tambahnya.
Sementara itu Manivannan turut menyatakan komitmen memastikan kerjasama antara Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, agensi berkaitan dan pertubuhan masyarakat akan diperkasakan.
Ia supaya setiap bantuan disalurkan sampai secara terus kepada golongan bersasar.




Comments