top of page

Kerajaan tidak paksa rakyat tukar MyKad baharu - JPN

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
Jul 23
2 min read

Kerajaan tidak mewajibkan orang ramai menukar MyKad lama kepada MyKad baharu, sekali gus menepis dakwaan bahawa semua rakyat dipaksa berbuat demikian.


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan, tiada kempen khusus yang sedang dilaksanakan pihaknya untuk mewajibkan orang ramai menukar alamat.


Malah ujarnya, JPN juga tidak menjalankan sebarang operasi khas untuk mengambil tindakan bagi rakyat yang belum mengemas kini alamat pada MyKad.


"Tanggungjawab memastikan maklumat pada MyKad sentiasa tepat dan terkini adalah terletak pada setiap pemilik MyKad.


"Sekiranya berlaku perubahan kepada alamat kediaman yang baharu dan kekal, pemilik MyKad digalakkan hadir ke JPN untuk mengemas kini maklumat tersebut. Bagi urusan penggantian MyKad fi yang dikenakan kepada warganegara adalah RM10," kata JPN menerusi kenyataan.


Sehubungan itu, JPN menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan dakwaan bahawa Kerajaan sedang memaksa semua rakyat menukar MyKad atau mencari keuntungan melalui pelaksanaan Peraturan 15.


Tegas JPN lagi, dakwaan sedemikian tidak menggambarkan keadaan sebenar serta boleh mengundang kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.


"Sentiasa dapatkan maklumat daripada sumber rasmi dan tidak membuat tafsiran sendiri berdasarkan perkongsian yang tidak lengkap atau di luar konteks.


"Sebarang kemusykilan berkaitan peruntukan undang-undang atau urusan perkhidmatan JPN boleh dirujuk terus kepada saluran rasmi jabatan bagi memastikan maklumat yang diterima adalah tepat serta mengelakkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat," kata JPN.


Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan kononnya individu yang berpindah rumah tetapi masih menggunakan alamat lama pada MyKad boleh dikenakan denda sehingga RM20,000.


Susulan penyebaran dakwaan palsu itu, segelintir warga maya mengecam Kerajaan MADANI berdasarkan maklumat yang tidak sahih.


"Kutip RM10 pun jadi la....kalau 1 rumah ada 5 org.....10 rumah dah dapat RM500.....kalau 1,000 rumah boleh dapat lagi ganda.....kalau 1 rumah dah boleh la buat negara bayar apa yg patut," sindir seorang warga maya tanpa mengetahui perkara sebenar.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page