top of page

Berita


BN tiada tawaran di DUN Lenggeng, hanya ratib anti-DAP
Syahredzan mempertikaikan taktik kempen BN hanya ratip anti-DAP, tiada satu pun tawaran untuk pengundi DAP membidas tindakan Barisan Nasional (BN) menggunakan slogan "Undi Pakatan Harapan dapat DAP" dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dengan menyifatkannya sebagai cubaan menakut-nakutkan pengundi kerana gagal mengemukakan tawaran meyakinkan kepada rakyat. Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan berkata pendekatan itu jelas memperlihatkan BN masih be

Helmi Mohd Foad
Jul 242 min read


Kerjasama PN-BN ancaman kepada MA63, Malaysia Timur - Raymond Ahuar
Malaysia perlu terus dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 bagi memastikan agenda reformasi dan pelaksanaan penuh Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat diteruskan, kata Raymond Ahuar (gambar). Sehubungan itu, aktivis KEADILAN itu menggesa rakyat Sabah dan Sarawak menolak sebarang kerjasama politik antara Umno dan Pas pada PRU16 kerana gabungan itu didakwa berpotensi menjejaskan pelaksanaan penuh MA63. "Rakyat Sabah dan Saraw

Akmal Manaf
Jul 241 min read


Perebutan kuasa punca N Sembilan hadapi PRN, Jalaludin dalang utama
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendakwa Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang berlangsung tercetus akibat perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin tertentu, bukannya kerana kehendak rakyat. Exco AMK Malaysia, Haqqim Nazaruddin (gambar) mendakwa Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaludin Alias, perlu bertanggungjawab terhadap kemelut politik yang membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). "Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang berlangsung hari ini bukan b

Suara Keadilan
Jul 242 min read


PH gesa Kabinet dedah laporan RCI Tabung Haji
Pakatan Harapan (PH) menggesa Kabinet membuat keputusan untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji kepada umum demi menjunjung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan kepentingan awam. Dalam kenyataan bersama Setiausaha Agung AMANAH Faiz Fadzil, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Syahredzan Johan dan Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Shafi Muhammad berkata, rakyat berhak mengetahui fakta sebenar supaya segala persoalan yang berbangkit

Helmi Mohd Foad
Jul 242 min read


Kerjasama PN-BN ibarat Titanic, rebut kuasa, tunggu masa karam
Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diibaratkan seperti kapal Titanic yang hanya menunggu masa untuk karam kerana dibayangi pengkhianatan serta ketiadaan nilai politik persahabatan, kata Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Hannah Yeoh (gambar). Beliau berkata kerjasama kedua-dua gabungan itu tidak akan kekal lama kerana setiap pihak mempunyai cita-cita sendiri sehingga sanggup menjatuhkan rakan kerjasama demi kepentingan politik masing-masing. "Saya ingatka

Helmi Mohd Foad
Jul 242 min read


Kejayaan Kerajaan MADANI: N Sembilan negeri pertama basmi miskin tegar
Datuk Romli menerangkan dasar Kerajaan MADANI membasmi kemiskinan tegar. Turut hadir kartunis Zunar Usaha Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menoktahkan kemiskinan tegar membuahkan hasil apabila Negeri Sembilan muncul sebagai negeri pertama di Malaysia yang mencapai sifar kemiskinan tegar pada 2023. Setiausaha Politik Kanan Pejabat Presiden KEADILAN, Datuk Romli Ishak berkata, pembasmian kemiskinan tegar merupakan antara keutamaan dalam kerangka Malaysia MADA

Akmal Manaf
Jul 242 min read


Momentum sokongan PH meningkat di Jeram Padang - Manivanan
Manivanan (kanan) berkempen menemui pengundi pelbagai latar belakang di DUN Jeram Padang Memasuki hari ketujuh tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16, Pakatan Harapan (PH) menyatakan momentum sokongan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang meningkat dan semakin positif, hasil siri program turun padang yang diadakan setiap hari. Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, G Manivanan yakin momentum sokongan itu terus mening

Suara Keadilan
Jul 242 min read


Hanya Kestabilan Politik PH Mampu Jana Pembangunan N Sembilan
Hanya kerajaan Pakatan Harapan yang mempunyai rekod cemerlang membangun N Sembilan sejak 2018 Oleh: Lai Chen Heng ULASAN: Gendang dipalu, kempen Pilihan Raya Negeri telah berlangsung hampir seminggu di Negeri Sembilan. PRN kali ini amat kompleks; Adat Perpatih kini bertemu crossroad—antara mengekalkan tradisi atau tergelincir ke dalam kancah politik ekstrem. Lebih membimbangkan, suasana kempen turut diwarnai retorik keterlaluan sehingga institusi Diraja seakan dicemari demi k

Suara Keadilan
Jul 242 min read


"RM1 orang makan rasuah, RM1 rakyat susah" - Zunar
Kartunis reformasi terkenal, Zulkiflee S.M. Anwar Ulhaque atau Zunar (gambar), menegaskan setiap RM1 yang hilang akibat rasuah memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat, sekali gus mendorong beliau menghasilkan buku ‘Membangun Masyarakat MADANI’ versi kartun sebagai medium pendidikan antirasuah. Zunar menunjukkan karya terbaharunya Beliau berkata, rasuah bukan isu kecil kerana setiap wang yang diselewengkan sepatutnya dimanfaatkan untuk kebajikan rakyat dan pembangun

Akmal Manaf
Jul 241 min read


Calon termuda PH di Chembong optimis beri saingan sengit kepada BN
Danish (berbaju putih) berkempen di kedai makan bertanya khabar dan memperkenalkan diri kepada pengundi Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chembong, Danish Nazran Murad, 27, mengakui beliau pada mulanya sukar mempercayai apabila diberi mandat oleh parti untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Negeri Sembilan. Menurut beliau, tanggungjawab yang diberikan untuk mencabar penyandang kerusi dari BN menjadi pemangkin untuk bekerja lebih keras

Suara Keadilan
Jul 242 min read


Jangan tuding PH kerajaan lambat laksana perubahan, lihat rekod BN
Dakwaan pemimpin Umno, Datuk Razlan Rafii bahawa Pakatan Harapan (PH) bersikap angkuh dan enggan mengambil iktibar daripada PRN Johor dibidas keras. Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata, kenyataan Razlan itu sebagai cubaan mengalihkan perhatian serta menutup kelemahan parti berkenaan terutama selepas beliau membuat teguran terhadap Presiden Umno. "Barisan Nasional (BN) tidak boleh melepaskan tanggungjawab berhubung prestasi pentadbiran

Azuan Ab Rahman
Jul 242 min read


Perkukuh pembangunan bakat muda, pupuk kecemerlangan bidang sains
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi sokongan penuh dan bersedia menambah peruntukan kepada penganjuran program ASEAN Islamic Science Camp (AISC) bagi edisi tahun depan. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (gambar) sokongan bagi memperluas skala program serta memberi peluang kepada penglibatan lebih ramai pelajar itu mencerminkan komitmen KPM dalam memperkukuh pembangunan bakat muda negara menerusi program bertaraf antarabangsa yang memupuk kecemerlangan dalam bidang sains, tek

Suara Keadilan
Jul 242 min read


Kekuatan bangsa berpaksikan ilmu, akhlak - Dr Wan Azizah
DS Wan Azizah Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, sambil diperhatikan oleh Setiausaha Politik PM, Datuk Azman Abidin (kiri sekali) Kekuatan sebuah bangsa bergantung kepada keupayaan melahirkan insan berilmu, berakhlak dan berkarakter unggul, bukan diukur hanya pada kemajuan ekonomi, teknologi serta pembangunan fizikal. Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, dalam era kecerdasan

Suara Keadilan
Jul 241 min read


Ahli akademik saran pengundi kekalkan PH di Negeri Sembilan
Seorang ahli akademik menggesa pengundi di Negeri Sembilan, khususnya golongan muda, agar membuat pilihan yang bijak dalam menentukan gabungan yang bakal menerajui pentadbiran negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Pensyarah Fakulti Perniagaan dan Sains Sosial, Universiti Antarabangsa Albukhary, Prof. Madya Dr Norizan Azizan berkata, PRN Negeri Sembilan bukan sahaja penting kepada masa depan negeri, malah turut memberi implikasi terhadap landskap politik di perin

Suara Keadilan
Jul 241 min read


PM Anwar pemudah cara selesai kemelut tanah Orang Asli Sungai Cot
Isu pertikaian tanah membabitkan masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot di Maran, Pahang dalam perhatian Perdana Menteri. Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammad Kamil Abdul Munim (gambar) berkata Perdana Menteri sendiri akan membawa isu tersebut kepada perhatian Kerajaan Negeri Pahang serta memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi memastikan ia dapat diselesaikan dengan segera secara adil, berhemah dan berlandaskan undang-undang. Menurut beliau, kom

Azuan Ab Rahman
Jul 241 min read


Jawab fitnah: Dedahkan segera laporan RCI Tabung Haji - Dr Mujahid
Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menggesa kerajaan mendedahkan kepada umum Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji (TH) bagi menamatkan polemik dan dakwaan yang menurutnya telah dipolitikkan sejak pelaksanaan penstrukturan semula institusi itu pada 2018 hingga 2020. Mujahid berkata, beliau telah beberapa kali membangkitkan perkara itu di Dewan Negara sejak 2023, namun dimaklumkan bahawa laporan tersebut masih tertakluk di bawa

Redzuan Shamsudin
Jul 232 min read


Pencerobohan tanah di Seremban: Tindakan sedang diambil - Fahmi
DS Fahmi (kiri) menjelaskan isu pencerobohan tanah dlaam sidnag media di bilik sidang media utama PH Pakatan Harapan (PH) menafikan dakwaan bahawa kerajaan Negeri Sembilan gagal mengambil tindakan terhadap isu pencerobohan tanah kerajaan di beberapa kawasan sekitar Seremban termasuk Kampung Pasir. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sejak aduan tersebut diterima, pihak pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan telah berhubung dengan Pejabat Tanah dan Daerah S

Akmal Manaf
Jul 232 min read


Bukan sekadar janji, Manifesto HARAPAN kesinabungan kejayaan lalu
Manifesto yang dibentangkan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bukan sekadar janji sebaliknya kesinambungan kepada pencapaian pentadbirannya sepanjang hampir lima tahun. Bilik Gerakan Utama PH dalam kenyataan berkata, perancangan yang terkandung dalam manifesto tersebut menjadi pelan hala tuju untuk membawa Negeri Sembilan menuju sebuah negeri maju menjelang tahun 2045. PH Negeri Sembilan tampil menawarkan agenda pembangunan berteraskan keseja

Helmi Mohd Foad
Jul 232 min read


Lantik Timbalan Exco Johor tiada dalam Perlembagaan - Hassan Karim
Pelantikan 10 Timbalan Exco Johor wajar disemak dari sudut perundangan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (gambar). Perkara tersebut menurutnya perlu diteliti berdasarkan Perlembagaan dan undang-undang berkaitan. "Sekarang ada 10 lagi ADUN dilantik sebagai Timbalan Exco. Saya puas rujuk dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak ada disebut di sini tentang peruntukan jawatan Timbalan Exco. "Undang-undang menetapkan tidak lebih daripada 10 Exco, tapi sekarang suda

Akmal Manaf
Jul 231 min read


Pelaburan KWAP diurus secara profesional, kenapa kaitkan dengan PM?
Cubaan untuk mengaitkan secara langsung sesuatu keputusan pelaburan dengan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, merupakan tafsiran yang terlalu mudah terhadap proses membuat keputusan pelaburan, sekali gus tidak mencerminkan bagaimana institusi pelaburan sebenarnya beroperasi. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Mohammad Fitri Ismail (gambar) berkata, jika benar Menteri Kewangan membuat setiap keputusan pelaburan, maka keseluruhan k

Akmal Manaf
Jul 232 min read
bottom of page
