top of page

Ahli akademik saran pengundi kekalkan PH di Negeri Sembilan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 1 min read

Seorang ahli akademik menggesa pengundi di Negeri Sembilan, khususnya golongan muda, agar membuat pilihan yang bijak dalam menentukan gabungan yang bakal menerajui pentadbiran negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.


Pensyarah Fakulti Perniagaan dan Sains Sosial, Universiti Antarabangsa Albukhary, Prof. Madya Dr Norizan Azizan berkata, PRN Negeri Sembilan bukan sahaja penting kepada masa depan negeri, malah turut memberi implikasi terhadap landskap politik di peringkat Persekutuan.


Justeru, beliau berpandangan bahawa Pakatan Harapan (PH) wajar diberi peluang meneruskan pentadbiran Negeri Sembilan.


Kemenangan gabungan itu jelasnya bukan sahaja akan memperkukuh hubungan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dengan Persekutuan, malah bakal mereda kemelut berkaitan institusi adat di negeri itu.


"Di peringkat nasional pula, kemenangan PH mampu memastikan Kerajaan MADANI kekal utuh sehingga Pilihan Raya Umum akan datang.


"Justeru, PRN Negeri Sembilan kali ini boleh dianggap amat signifikan kerana bakal mencorakkan senario politik negara ketika Malaysia berdepan pelbagai cabaran di peringkat domestik dan antarabangsa," katanya dipetik laporan Awani.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page