top of page

Kerjasama PN-BN ancaman kepada MA63, Malaysia Timur - Raymond Ahuar

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 5 hours ago
  • 1 min read

Malaysia perlu terus dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 bagi memastikan agenda reformasi dan pelaksanaan penuh Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat diteruskan, kata Raymond Ahuar (gambar).


Sehubungan itu, aktivis KEADILAN itu menggesa rakyat Sabah dan Sarawak menolak sebarang kerjasama politik antara Umno dan Pas pada PRU16 kerana gabungan itu didakwa berpotensi menjejaskan pelaksanaan penuh MA63.


"Rakyat Sabah dan Sarawak perlu bersedia dengan tegas menolak gabungan Pas dan Umno yang kini secara terbuka berhasrat menawan Putrajaya pada PRU16.


"Kebimbangan ini berasas. Semasa PRN Negeri Sembilan sedang berkempen, Timbalan Presiden Pas (Datuk Seri Tuan Ibrahim) menyatakan Pas dan Umno perlu bekerjasama semula demi mentadbir Putrajaya.


"Beberapa pimpinan Umno di Negeri Sembilan juga memberi isyarat ‘membuka semula pintu’ kerjasama dengan Pas untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.


"Kerjasama Pas-Perikatan Nasional (PN) dan Umno-Barisan Nasional (BN) menentang Pakatan Harapan (PH) di PRN Negeri Sembilan jelas (merupakan) ancaman kepada pelaksanaan sepenuhnya MA63," katanya menerusi satu kenyataan.


Menurut Raymond lagi, agenda ‘satu acuan’ Pas-Umno tidak menghormati autonomi Sabah dan Sarawak, termasuk dalam aspek imigresen, pendidikan, kesihatan serta pengurusan sumber minyak dan gas.


Justeru, beliau menegaskan pihaknya menolak sebarang politik sempit berunsur agama dan perkauman yang dibawa ke Borneo.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page