"RM1 orang makan rasuah, RM1 rakyat susah" - Zunar
- Akmal Manaf

- 1 hour ago
- 1 min read

Kartunis reformasi terkenal, Zulkiflee S.M. Anwar Ulhaque atau Zunar (gambar), menegaskan setiap RM1 yang hilang akibat rasuah memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat, sekali gus mendorong beliau menghasilkan buku ‘Membangun Masyarakat MADANI’ versi kartun sebagai medium pendidikan antirasuah.

Beliau berkata, rasuah bukan isu kecil kerana setiap wang yang diselewengkan sepatutnya dimanfaatkan untuk kebajikan rakyat dan pembangunan negara.
"Rasuah bukan benda kecil… saya nak bagitahu RM1 orang makan rasuah, RM1 (juga) rakyat susah. 1MDB itu agaknya berapa negara rugi?
"Negara rugi RM42 bilion, mereka marah saya buat (kartun) tentang 1MDB. Saya kata saya sudah banyak mengembara, selama 50 tahun saya melukis, sekarang tiba masa saya nak berbakti untuk negara saya, untuk sama-sama membangunkan negara," katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Borak Santai Belia Sahabat MADANI bersama Setiausaha Politik Kanan Pejabat Presiden KEADILAN, Datuk Romli Ishak di Balai Raya Kampung Baru Blok C, Ampangan, Seremban, malam tadi.
Atas kesedaran itu, Zunar berkata beliau tekad menghasilkan buku tersebut dengan harapan mesej antirasuah dapat disampaikan kepada masyarakat melalui pendekatan yang lebih mudah difahami.
Katanya, buku berkenaan mengandungi kira-kira 200 ilustrasi yang dilukis sepenuhnya dengan tangan dari awal hingga akhir tanpa menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).




Comments