top of page

Berita


Ekonomi Gemas perlu diperkasa seiring manifesto PH N Sembilan
Siti Aishah (tengah) berkempen menemui pengundi DUN Gemas sehingga ke sawah dan ladang Usaha memperkukuh ekonomi setempat perlu menjadi keutamaan bagi memastikan penduduk Gemas menikmati lebih banyak peluang pekerjaan, peningkatan taraf hidup serta pembangunan infrastruktur yang memenuhi keperluan semasa. Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemas, Siti Aishah Seman @ Othman berkata, manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang dilancarkan oleh Pengerusi M

Suara Keadilan
Jul 262 min read


Nicky Liow bukan anggota KEADILAN - Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengesahkan bahawa Liow Soon Hee atau lebih dikenali sebagai Nicky Liow bukan ahli parti itu. Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar) berkata, semakan telah dibuat terhadap sistem keanggotaan parti susulan penularan berita dan gambar di media sosial yang mengaitkan individu berkenaan dengan KEADILAN. "Merujuk kepada berita dan gambar yang tular mengaitkan Liow Soon Hee atau lebih dikenali sebagai Nicky Liow dengan KEADILAN,

Suara Keadilan
Jul 261 min read


Jamuan Perpaduan Kampung Sri Sikamat tarik lebih 600 penduduk
DS Amirudin mengajak masyarakat Cina menimbang calon terbaik untuk Negeri Sembilan lima tahun ke depan Oleh: ShaifulAnnuar Sulaiman Suasana penuh meriah dalam program Jamuan Perpaduan Kampung Sri Sikamat yang berlangsung pada jam 6.30 petang semalam, apabila lebih 600 penduduk dari sekitar Kampung Sri Sikamat hadir memeriahkan majlis serta mendengar amanat pimpinan parti. Majlis tersebut dihadiri oleh Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, bersama barisan pimpinan

Suara Keadilan
Jul 261 min read


Pengundi utamakan kestabilan ekonomi, bukan politik perkauman - Abdullah Sani
Pengundi kini menolak kempen berasaskan politik perkauman, sebaliknya lebih mengutamakan kestabilan ekonomi serta rekod pentadbiran Kerajaan MADANI dalam menentukan pilihan mereka, kata Pengerusi TEKUN Nasional, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (gambar). Beliau berkata, naratif yang sering dimainkan pihak lawan seperti "undi Harapan bermakna undi DAP" tidak lagi memberi kesan besar kerana rakyat semakin matang dan menilai prestasi kerajaan berdasarkan pencapaian ekonomi serta

Sidiqin Omar
Jul 262 min read


Veteran Reformasi turun padang pertahan kemenangan PH
Golongan veteran Reformasi perlu kembali memainkan peranan aktif dengan turun padang menerangkan pencapaian kerajaan serta mempertahankan kesinambungan perjuangan yang telah dibina hampir tiga dekad, kata Datuk Mustafa Kamil Ayub (gambar). Beliau yang pernah memegang jawatan Setiausaha Agung dan Naib Presiden KEADILAN berkata, pengalaman veteran yang melalui perjalanan panjang perjuangan Reformasi sejak 1998 merupakan aset penting untuk membantu rakyat memahami hala tuju sema

Sidiqin Omar
Jul 262 min read


Loke MB: Dr Asyraf Wajdi perlu minta maaf kepada rakyat N Sembilan
DS Fahmi menggesa Dr Asyraf memohon maaf atas kenyataan beliau pemimpin Cina boleh dilantik sebagai MB Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan susulan kenyataannya yang mendakwa Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke akan menjadi Menteri Besar sekiranya Datuk Seri Aminuddin Harun tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Fahmi Fadzil menyifatkan ke

Sidiqin Omar
Jul 261 min read


Isu ceroboh tanah di Seremban: 'Modal politik basi'
MB Aminuddin menolak taktik membangkitkan isu basi yang telah diselesaikan dalam kempen PRN Isu tular berhubung surat aduan pencerobohan tanah kerajaan bertarikh 18 Julai 2022 dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan kepada Pegawai Daerah Seremban yang dibangkitkan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari dianggap sebagai modal politik basi. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun menegaskan isu itu telah diberi perhatian oleh kerajaan negeri

Suara Keadilan
Jul 261 min read


Kemelut ucapan perkauman PN-BN: Biar pengundi nilai sendiri - Tengku Zafrul
Pakatan Harapan (PH) menumpukan kepada agenda dan usaha yang akan dilaksanakan, tanpa perlu memberi perhatian kepada pergolakan melanda Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN). Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (gambar) berkata terdapat beberapa isu yang dilihat tidak serasi antara PN dan BN, namun perkara itu wajar diserahkan kepada pengundi untuk membuat penilaian sendiri. "PH fokus kepada apa yang kita buat

Suara Keadilan
Jul 261 min read


Tembusi komuniti Orang Asli, calon PH Pertang diterima baik
Mohd Umry (kiri) berkempen kepada penduduk di DUN Pertang Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Pertang komited memastikan isu kemudahan asas termasuk bekalan elektrik dan liputan telekomunikasi di perkampungan Kampung Orang Asli Ulu Lakai dan Kampung Orang Asli Sawah diselesaikan. Mohd Umry Abdul Khois berkata, beliau bersama pasukan telah menyantuni pelbagai lapisan masyarakat termasuk komuniti tersebut dan mendengar sendiri permasalah harian dihadapi mereka. "Penduduk memaklumkan

Suara Keadilan
Jul 261 min read


Kenyataan perkauman MB Sanusi, AMANAH lapor polis
Pengarah Mobilisasi Pemuda Amanah Nasional, Ramadhan Lotphi membuat laporan polis. Foto: FB Ramadhan Satu laporan polis dibuat terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor susulan kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R melibatkan kaum, agama dan institusi diraja. Laporan itu dibuat Pengarah Mobilisasi Pemuda Amanah Nasional, Ramadhan Lotphi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, petang Sabtu. "Kenyataan Sanusi yang menyebut “Cina ada China, India ada

Azuan Ab Rahman
Jul 261 min read


Pencerobohan Menteri Israel di Masjid Al-Aqsa dikecam - Dr Zulkifli
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam sekeras-kerasnya tindakan Menteri Keselamatan rejim Israel, Itamar Ben-Gvir, yang mengetuai pencerobohan bersama ribuan peneroka haram ke pekarangan Kompleks Masjid Al-Aqsa, sambil menyifatkan tindakan itu sebagai provokasi melampau terhadap kesucian tapak suci umat Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan (gambar) berkata, pencerobohan tersebut merupakan pencabulan terhadap statu

Suara Keadilan
Jul 252 min read


Isu komen pemimpin MCA minum arak di tempat awam masih belum selesai
Isu pimpinan muda MCA komen mempertikaikan larangan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan minum arak di tempat awam terutama di pantai Port Dickson masih belum mendapat jawapan tuntas daripada pemimpin BN biarpun telah beberapa minggu berlalu. Bagi Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Sembilan, Raihan Md Idris, isu larangan pengambilan minuman keras secara terbuka di kawasan awam itu perlu dijelaskan kerana BN dan PN kononnya sedang membina penyatuan Melayu-Islam di N

Suara Keadilan
Jul 251 min read


Malaysia milik semua rakyatnya, Wei Kiat bidas MB Sanusi
Pemimpin politik pembangkang perlu menghentikan naratif berbaur perkauman yang boleh menghakis semangat kebersamaan rakyat, kerana Malaysia merupakan tanah air kepada semua warganegaranya tanpa mengira kaum. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat (gambar) menempelak kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam ceramah politiknya kelmarin yang mendakwa 'Cina mempunyai negara China dan India mempunyai negara I

Suara Keadilan
Jul 252 min read


Zainal Fikri optimis sokongan pengundi DUN Sungai Lui
Zainal Fikri bertemu rakan lama, anak murid di DUN Sungai Lui yang memudahkan kempen beliau Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui, Zainal Fikri Abd Kadir menyifatkan kesiapsiagaan jentera di kawasan itu berada pada tahap terbaik apabila hampir 20 Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) telah diwujudkan menjelang pilihanraya. Beliau berkata, jumlah itu jauh melebihi perancangan asal iaitu 11 JDM selepas mendapat permintaan daripada jentera dan penyo

Suara Keadilan
Jul 252 min read


Dr Hakim cabar Tok Mat dengan misi ubah Rantau
"Saya melihat ini bukan soal berdepan individu, tetapi soal memberi pilihan alternatif kepada rakyat Rantau" Itu penegasan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi N.27 DUN Rantau, Dr Azizul Hakim Mahdi, yang tampil membawa misi perubahan apabila berdepan calon gergasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16). Doktor perubatan itu berkata, beliau menerima cabaran berkenaan bukan kerana mahu mencipta sensasi politik, sebaliknya terdo

Sidiqin Omar
Jul 252 min read


Kekalkan PH demi pembangunan berterusan di Negeri Sembilan
Prestasi Kerajaan MADANI di Persekutuan dan pentadbiran Negeri Sembilan menjadi bukti bahawa kerajaan yang stabil mampu membawa pembangunan yang membawa manfaat kepada rakyat tanpa mengira kaum. Ahli Parlimen Segamat, Yuneswaran Ramaraj (gambar) berkata, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun telah mengemudi Negeri Sembilan dengan baik dan membawa pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat. Namun usaha tersebut tegasnya tidak akan dapat diteruskan sekiranya Pakatan Harapan (P

Suara Keadilan
Jul 251 min read


Kesejahteraan rakyat N Sembilan terjamin jika PH diberi mandat
DS Dr Wan Azizah ketika berkempen di DUN Jeram Padang Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin rakyat Negeri Sembilan akan terus menikmati pelbagai manfaat sekiranya Pakatan Harapan (PH) kekal diberi mandat mentadbir negeri itu. Menurut beliau, keyakinan tersebut berlandaskan rekod pencapaian cemerlang ditunjukkan PH di peringkat negeri mahupun Persekutuan. Justeru menurutnya, pengundi perlu memastikan kemenangan calon mewakili gabungan i

Suara Keadilan
Jul 251 min read


Selangor diiktiraf model bandar penyayang di rantau Asia Pasifik
Usaha Kerajaan Selangor memperkenal dasar ekonomi penjagaan telah meletakkan Selangor sebagai antara model ‘Caring Cities’ (Bandar Penyayang) di rantau Asia Pasifik. Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari (gambar) berkata, pengiktirafan diberikan UN Women kepada dasar diperkenal menerusi Rancangan Selangor Pertama (RS-1) itu membuktikan ekonomi penjagaan bukan lagi sektor kebajikan semata-mata, sebaliknya mempunyai nilai ekonomi yang besar. "U

Suara Keadilan
Jul 251 min read


Strategi hiperlokal PH mampu kekal kemenangan di N Sembilan
Datuk Dr Fuziah berbincang dengan DS Tengku Zafrul mengenai pergerakan terkini kempen di N Sembilan Pakatan Harapan (PH) menggerakkan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dengan memfokuskan kepada isu hiperlokal yang menyentuh terus kehidupan harian komuniti setempat Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, pendekatan secara tertumpu mengikut keperluan setempat, sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar itu dianggap berkesan untuk memenangi

Suara Keadilan
Jul 251 min read


Isu larangan minum arak: BN-PN tidak utamakan hal prinsip, agama? - AMK Kelantan
Ketiadaan reaksi tegas setakat ini daripada pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) dan sekutunya Pas terhadap pendirian beberapa anggota MCA yang membantah larangan pengambilan minuman keras di kawasan awam terutama di pantai Port Dickson dua minggu lalu, menimbulkan tanda tanya mengenai konsistensi pendirian mereka terhadap isu yang dianggap melibatkan prinsip. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kelantan, Mohamad Ezzat Zahrim Mohd Hanuzi, berkata jika benar slogan yang dibawa i

Akmal Manaf
Jul 242 min read
bottom of page
