top of page

Isu komen pemimpin MCA minum arak di tempat awam masih belum selesai

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 minutes ago
  • 1 min read

Isu pimpinan muda MCA komen mempertikaikan larangan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan minum arak di tempat awam terutama di pantai Port Dickson masih belum mendapat jawapan tuntas daripada pemimpin BN biarpun telah beberapa minggu berlalu.


Bagi Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Sembilan, Raihan Md Idris, isu larangan pengambilan minuman keras secara terbuka di kawasan awam itu perlu dijelaskan kerana BN dan PN kononnya sedang membina penyatuan Melayu-Islam di Negeri Sembilan


Katanya, larangan minum arak bukan bermaksud mengganggu kehidupan peribadi masyarakat bukan Islam atau menutup premis yang berlesen, tetapi menetapkan satu ketertiban kepada pengunjung tempat awam.


"Ia berkaitan keselesaan pengunjung, keselamatan, kebersihan dan ketenteraman ruang awam.


"MCA berhak memberikan pandangan, tetapi janganlah menjadikan setiap peraturan di tempat awam sebagai isu kaum atau agama. Kepentingan majoriti pengguna kawasan awam juga mesti dihormati.


"Kita menghormati hak dan cara hidup semua kaum, tetapi pantai awam, taman rekreasi dan padang permainan ialah ruang bersama yang turut digunakan oleh keluarga serta kanak-kanak," katanya.


Pada Julai tahun lalu, Kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menguatkuasakan larangan minum minuman keras di tempat awam termasuk pantai awam Port Dickson yang popular sebagai tempat pelancongan di negeri itu.


Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri berkata, larangan itu bertujuan menghormati sensitiviti masyarakat dan mana-mana individu yang melakukan kesalahan tersebut, berdepan kompaun serta-merta dengan denda hingga RM2,000.


Terdahulu, tular rakaman perbincangan secara langsung melibatkan Timbalan Setiausaha Agung Wanita MCA Pusat, Ivone Low yang juga Ketua Beliawanis MCA bersama rakan-rakan partinya yang mempersoalkan larangan berkenaan sama ada langkah itu akan menjejaskan kehadiran pelancong asing di pantai Port Dickson.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page