top of page

Berita


Isu komen pemimpin MCA minum arak di tempat awam masih belum selesai
Isu pimpinan muda MCA komen mempertikaikan larangan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan minum arak di tempat awam terutama di pantai Port Dickson masih belum mendapat jawapan tuntas daripada pemimpin BN biarpun telah beberapa minggu berlalu. Bagi Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Sembilan, Raihan Md Idris, isu larangan pengambilan minuman keras secara terbuka di kawasan awam itu perlu dijelaskan kerana BN dan PN kononnya sedang membina penyatuan Melayu-Islam di N

Suara Keadilan
Jul 251 min read


Isu larangan minum arak: BN-PN tidak utamakan hal prinsip, agama? - AMK Kelantan
Ketiadaan reaksi tegas setakat ini daripada pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) dan sekutunya Pas terhadap pendirian beberapa anggota MCA yang membantah larangan pengambilan minuman keras di kawasan awam terutama di pantai Port Dickson dua minggu lalu, menimbulkan tanda tanya mengenai konsistensi pendirian mereka terhadap isu yang dianggap melibatkan prinsip. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kelantan, Mohamad Ezzat Zahrim Mohd Hanuzi, berkata jika benar slogan yang dibawa i

Akmal Manaf
Jul 242 min read


Rakyat sokong larangan minum arak di pantai Port Dickson
Tular sebuah video dalam media sosial baru-baru ini beberapa individu yang merupakan penyokong BN mempertikaikan peraturan larangan minum arak di Pantai Port Dickson yang dikuatkuasa oleh Kerajaan Negeri Sembilan sejak Julai 2025. Suara Keadilan menemuramah penduduk tempatan dan pengunjung di pantai Port Dickson bagi mendapatkan respon berkaitan isu berkenaan. Mohd Azrin Amran, 50, dari Lukut, Port Dickson menyambut baik peraturan larangan minum arak di Pantai Port Dickson y

Suara Keadilan
Jul 212 min read


'MCA dapat sokongan Melayu, jangan bangkit isu larang arak'
Larangan minum arak di kawasan awam Negeri Sembilan untuk kebaikan semua kaum Sokongan masyarakat Melayu kepada mana-mana parti politik tidak boleh dianggap sebagai ‘cek kosong’ untuk parti berkenaan mempertikaikan dasar yang bertujuan menjaga ketenteraman dan keselesaan di kawasan awam seperti larangan meminum minum keras di khalayak, kata Raihan Md Idris. Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Sembilan itu berkata demikian ketika mengulas pertikaian yang dibangk

Akmal Manaf
Jul 202 min read


Minum alkohol di pantai PD: Pas perlu jawab tuntuan ahli MCA - Zawawi
Hasrat Pas yang ingin bersama Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya Negeri Sembilan menimbulkan tanda tanya sama ada parti itu bersedia melayan 'tuntutan' berkaitan aktiviti minum minuman keras antaranya di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan terutama apabila melibatkan rakan kerjasama politik parti itu yang beraliran sekular. Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, jika Pas benar-benar mahu bekerjasama dengan BN atas p

Akmal Manaf
Jul 172 min read


Minum arak di pantai PD: Pas, sekutu BN dicabar nyata pendirian
Pas yang ingin bersekutu dengan BN dalam pilihanraya di Negeri Sembilan dicabar menyatakan pendirian sama ada akan terus mempertahankan larangan pengambilan minuman keras di kawasan awam terutama di pantai Port Dickson atau berkompromi dengan pandangan yang dibangkitkan oleh pemimpin muda MCA berhubung isu tersebut. Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Sembilan, Raihan Md Idris menegaskan, dalam kerjasama bersama komponen BN pastinya Pas terpaksa berlembut denga

Akmal Manaf
Jul 172 min read


'MCA keras terhadap Islam, DAP jadi kambing hitam'
Sentimen penolakan sebahagian masyarakat Melayu terhadap parti DAP bukan berpunca daripada kegagalan polisi, sebaliknya oleh persepsi perkauman yang dimain berulang kali. Pemerhati politik Norman Radzuan berkata, masyarakat jarang membandingkan DAP dengan parti MCA terutama pendirian dan rekod kedua-dua parti itu dalam isu melibatkan agama Islam. "Apabila mahu berhujah tentang DAP dan MCA, kita perlu mengkaji kedua-dua parti. "Siapa yang menolak hudud, siapa yang menolak rang

Azuan Ab Rahman
Jul 151 min read


Kawal jual arak lebih ketat, percepat pelaksanaan diyat - Daie MADANI
Gerakan Daie MADANI menggesa kerajaan memperketat kawalan penjualan arak di premis runcit serta mempercepat pelaksanaan sistem diyat bagi menjamin keadilan kepada waris mangsa kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk. Dalam satu kenyataan, Daie MADANI menegaskan bahawa isu kehilangan nyawa akibat pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan dadah tidak boleh lagi dikompromi. Menurut mereka, kejadian terbaharu di Klang yang melibatkan kematian seorang penunggang motosikal akibat di

Redzuan Shamsudin
Apr 22 min read
bottom of page
