'MCA keras terhadap Islam, DAP jadi kambing hitam'
- Azuan Ab Rahman

- 1 day ago
- 1 min read

Sentimen penolakan sebahagian masyarakat Melayu terhadap parti DAP bukan berpunca daripada kegagalan polisi, sebaliknya oleh persepsi perkauman yang dimain berulang kali.
Pemerhati politik Norman Radzuan berkata, masyarakat jarang membandingkan DAP dengan parti MCA terutama pendirian dan rekod kedua-dua parti itu dalam isu melibatkan agama Islam.
"Apabila mahu berhujah tentang DAP dan MCA, kita perlu mengkaji kedua-dua parti.
"Siapa yang menolak hudud, siapa yang menolak rang undang-undang berkaitan dan siapa yang pernah mengeluarkan kenyataan menghina Islam?
"Bukan saya pertahankan DAP, tapi MCA lagi teruk menghina agama saya," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Menerusi hantaran sama beliau berkongsikan rakaman video beberapa pemimpin MCA mengkritik Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun susulan pendiriannya melarang aktiviti minum mninuman keras di taman rekreasi dan pantai awam di negeri itu.
Sementara itu menurut Norman, parti DAP sering dijadikan kambing hitam dan dilabel sebagai anti-Islam.
Malah hujah yang sering dilemparkan untuk menyerang DAP kebanyakannya berasaskan persepsi, bukannya penelitian terhadap fakta dan sejarah kedua-dua parti berkenaan.
"Keadaan itu menyebabkan isu lebih besar seperti dasar kerajaan, integriti dan rasuah diketepikan hanya kerana pengundi dipengaruhi sentimen ‘asal bukan DAP’
"Sayang, sedangkan barisan Menteri daripada parti DAP diakui sangat 'perform' di dalam kabinet," tambahnya.




MCA guna isu arak untuk dapat undi bukan Melayu. Ini politik picisan. Apakah PAS dan Umno sokong dibenarkan orang awam dan pelancong minum arak di tempat awam? Kalau diam ini tanda hipokrisi tahap tertinggi.