Isu ceroboh tanah di Seremban: 'Modal politik basi'
- Suara Keadilan

- 1 hour ago
- 1 min read

Isu tular berhubung surat aduan pencerobohan tanah kerajaan bertarikh 18 Julai 2022 dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan kepada Pegawai Daerah Seremban yang dibangkitkan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari dianggap sebagai modal politik basi.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun menegaskan isu itu telah diberi perhatian oleh kerajaan negeri malah pelbagai tindakan telah diambil bagi menyelesaikan isu penempatan penduduk yang terlibat.
"Isu melibatkan setinggan ini kita cuba selesaikan sekian lama dan satu persatu telah kita selesaikan.
"Ia bukan perkara baharu kerana elah berlarutan sejak sekian lama sebelum pentadbiran Pakatan Harapan (PH) menerajui kerajaan negeri," katanya dipetik laporan media.
Menurut Aminuddin, antara langkah yang diambil kerajaan negeri dalam menangani isu tersebut ialah dengan menawarkan rumah mampu milik Type A kepada penduduk yang mendiami kawasan setinggan termasuk di Kampung Ulu dan Kampung Pasir.
Penduduk setinggan terbabit turut diberi pilihan untuk mendapatkan rumah di lokasi seperti Iringan Bayu, selain kerajaan negeri membantu memudahkan urusan pembiayaan bersama institusi perbankan.
"Saya agak terkilan kerana isu ini cuba dipermainkan dan digunakan sebagai modal politik. Sepatutnya mereka berterima kasih kerana kita menyelesaikannya.
"Isu ini bukan sahaja libatkan masyarakat India, orang Melayu juga ada sebagai setinggan di Kampung Pasir.
"Jadi jangan tuduh dan tuding jari sahaja. Lihat dan faham dahulu apa sebenarnya yang berlaku," bidasnya.




Comments