GST: Tutup ketirisan, tangkap pencuri wang rakyat, bukan perkenal cukai regresif


Jangan jadikan rakyat sebagai mesin ATM kerajaan, sedangkan kerajaan belum selesai membersihkan mereka yang menjadikan wang negara sebagai ATM peribadi - Mahfuz
Cadangan mengembalikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) perlu dinilai secara menyeluruh, bukan hanya berdasarkan potensi cukai regresif itu meningkatkan hasil kerajaan, sebaliknya keutamaan perlu diberikan kepada usaha menutup ketirisan, membanteras rasuah dan memastikan wang rakyat diurus dengan amanah.
Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berkata, cadangan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai pengembalian GST perlu mengambil kira beban yang bakal ditanggung rakyat serta kelemahan tadbir urus negara.
Beliau berkata, GST mempunyai kelebihan dari segi mekanisme kutipan cukai dan berupaya memperluas asas hasil negara, namun persoalan utama ialah jaminan setiap sen tambahan yang dikutip daripada rakyat akan diurus dengan amanah dan dikembalikan kepada rakyat.
"Masalah negara bukan semata-mata kekurangan hasil, tetapi juga ketirisan, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kelemahan tadbir urus.
"Jika lubang kebocoran tidak ditutup, menambah hasil kutipan ibarat menambah air ke dalam tangki yang bocor. Air bertambah, tetapi kebocoran juga terus berlaku," katanya dalam kenyataan.
Mahfuz berkata, sebelum kerajaan mempertimbangkan GST dan menambah beban percukaian rakyat, usaha menutup ruang ketirisan, memperkukuh penguatkuasaan, membanteras rasuah serta membawa mereka yang mencuri wang rakyat ke muka pengadilan perlu menjadi keutamaan.
Menurutnya, rakyat mahu pencuri wang negara ditangkap dan dihukum mengikut undang-undang, bukannya diberikan perlindungan atau keistimewaan sehingga menimbulkan persoalan mengenai keadilan.
"Pengampunan, pengurangan hukuman dan pelaksanaan tahanan di rumah juga tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk melupakan tuntutan akauntabiliti terhadap jenayah kewangan.
"Setiap keputusan mesti berlandaskan undang-undang, Perlembagaan dan prinsip keadilan," katanya.
GST banyak kekurangan
Beliau turut mengingatkan Umno dan MCA bahawa GST pernah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2015 sebelum dimansuhkan pada 2018.
Katanya, kedua-dua parti itu perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa sistem yang pernah dilaksanakan ketika pemerintahan mereka kini mahu dikembalikan, termasuk bagaimana kelemahan pelaksanaan terdahulu akan diperbaiki.
Mahfuz berkata, hujah bahawa 175 negara menggunakan GST juga tidak boleh dijadikan alasan mutlak kerana setiap negara mempunyai struktur ekonomi, tahap pendapatan dan kemampuan rakyat yang berbeza.
"Kita perlu membina sistem percukaian berdasarkan kemampuan rakyat Malaysia, bukan sekadar mengikut amalan negara lain," ujarnya.
Menggunakan analogi penternakan ayam, beliau berkata, jika ayam sering dicuri, pemilik sepatutnya menangkap pencuri dan membaiki binaan reban.
"Kalau ayam dalam reban selalu dicuri, tuan rumah sepatutnya menangkap pencuri dan membaiki pagar. Bukan menyuruh isteri membeli lebih banyak ayam supaya reban sentiasa penuh.
"Nanti pencuri datang lagi, ayam bertambah, kecurian serta kerugian pun bertambah. Apatah lagi jika 'musang' yang diberikan kuasa menjaga dan mengawal reban ayam," katanya.
Beliau mendakwa, rakyat tidak sepatutnya dibebankan dengan cukai tambahan sekiranya masalah ketirisan dan penyalahgunaan wang negara masih belum diselesaikan.
"Jangan jadikan rakyat sebagai mesin ATM kerajaan, sedangkan kerajaan belum selesai membersihkan mereka yang menjadikan wang negara sebagai ATM peribadi," katanya.
Mahfuz berkata, beliau menyokong usaha meningkatkan hasil negara, namun peningkatan hasil perlu berjalan seiring dengan peningkatan integriti, kecekapan dan akauntabiliti kerajaan.
Beliau turut menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memerangi rasuah dan menutup ketirisan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.
"Jangan ukur kejayaan kerajaan berdasarkan berapa banyak wang berjaya dikutip daripada rakyat. Ukurlah berdasarkan berapa banyak wang rakyat berjaya diselamatkan daripada ketirisan dan berapa banyak yang benar-benar dikembalikan untuk kesejahteraan rakyat," katanya.
Beliau menegaskan negara tidak akan menjadi kaya hanya kerana kerajaan cekap mengutip cukai, sebaliknya kekuatan negara bergantung kepada pengurusan wang rakyat yang amanah, usaha memerangi rasuah dan pelaksanaan undang-undang tanpa pilih kasih.
"Jangan kembalikan Malaysia di era kleptokrat," sinisnya lagi.




I just opened https://www.97j777.com/ on my phone while I had a spare moment; I only took a quick look, so I haven’t examined it in detail yet. Usually, if a site looks too cluttered, I’m put off from reading further, but this one felt quite pleasant. The content is broken up into distinct sections—you just take in what’s in front of you as you scroll, rather than having to process everything on the screen all at once. Since I only glanced at it, I can’t offer a full assessment, but the layout suits my habit of skimming through content. Sometimes, trying to figure out what a site actually contains can be exhausting when you have to hunt for information. Here, the…
I discovered https://www.7p777.club/ while searching for information on Google, so I decided to check out the new version. I took a look at the layout and how the content is organized to make some comparisons. Overall, the content is arranged quite neatly and is easy to view. What impresses me most right now is how simple yet feature-rich it is.
When reading reviews of entertainment platforms, I generally prefer concise articles that are quick to scan on a mobile phone. This piece has a well-structured layout, with the section on how to play the lottery https://www.21ph222.com/ positioned in the middle. This makes the flow feel more natural and avoids the impression of an overly aggressive advertisement. The content focuses on the overall user experience, highlighting an intuitive interface and a variety of familiar categories, such as slots, card games, and mini-games. Overall, the tone is light and easy to follow.
I first came across the website https://www.oktkbd.com/ via a link in the "related resources" section of some material I was researching. After reading that initial piece, I explored a few other articles and found the content well-organized; key information is easy to spot without requiring a lengthy read. Navigating between articles is also quick and seamless. I primarily access the site on my phone, where it displays clearly, making scrolling and reading quite comfortable. Overall, it’s a very convenient resource for looking up information whenever I need to.
I noticed https://www.75bd1.com/ being linked and frequently mentioned by others. I clicked on it out of curiosity to see how the content is presented and structured. A quick glance revealed an overall clean layout, which gives an impression of reliability. For me, having the content organized so neatly is enough to grasp the essential information.