Kesejahteraan rakyat N Sembilan terjamin jika PH diberi mandat


Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin rakyat Negeri Sembilan akan terus menikmati pelbagai manfaat sekiranya Pakatan Harapan (PH) kekal diberi mandat mentadbir negeri itu.
Menurut beliau, keyakinan tersebut berlandaskan rekod pencapaian cemerlang ditunjukkan PH di peringkat negeri mahupun Persekutuan.
Justeru menurutnya, pengundi perlu memastikan kemenangan calon mewakili gabungan itu agar Negeri Sembilan terus kekal berada di bawah pentadbiran PH.
"Berdasarkan 'track record' yang kita ada, ia boleh membawa kebaikan pada masa hadapan. Jadi, saya mohon pengundi terus memberikan sokongan kepada calon kita.
"Momentum sokongan pengundi terhadap Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri (DUN) Negeri Sembilan kekal positif sehingga ke hari pengundian," katanya dipetik laporan media.
Dr Wan Azizah berkata begitu kepada pemberita selepas program Sembang Santai Bersama Penduduk di Taman Sri Rompin.
Beliau yang juga isteri Perdana Menteri sebelumnya meluangkan masa menyantuni beberapa keluarga di Kampung FELCRA Rompin diringi calon PH bagi DUN Jeram Padang, G Manivannan.




Comments