top of page

Tembusi komuniti Orang Asli, calon PH Pertang diterima baik

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jul 26
1 min read
Mohd Umry (kiri) berkempen kepada penduduk di DUN Pertang
Mohd Umry (kiri) berkempen kepada penduduk di DUN Pertang

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Pertang komited memastikan isu kemudahan asas termasuk bekalan elektrik dan liputan telekomunikasi di perkampungan Kampung Orang Asli Ulu Lakai dan Kampung Orang Asli Sawah diselesaikan.


Mohd Umry Abdul Khois berkata, beliau bersama pasukan telah menyantuni pelbagai lapisan masyarakat termasuk komuniti tersebut dan mendengar sendiri permasalah harian dihadapi mereka.


"Penduduk memaklumkan mereka berdepan masalah elektrik dan liputan telefon. Bayangkan jika berlaku kecemasan tetapi mereka tidak dapat menghubungi pihak luar.


"Ini adalah keperluan asas yang perlu diberi perhatian. Kita akan membawa isu ini kepada pihak berkaitan termasuk Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) supaya penyelesaian dapat diusahakan.


"Sekiranya diberi mandat. Saya fokuskan penyelesaian kepada isu infrastruktur dan keperluan akan diutamakan dulu sebelum usahakan pembangunan lebih menyeluruh," katanya dipetik laporan media.

Sementara itu menurut Mohd Umry, kempen kali ini turut mencatat sejarah apabila PH berjaya menembusi kedua-dua kampung berkenaan yang sebelum ini tidak pernah menjadi lokasi kempen.


"Alhamdulillah, kita diterima baik oleh masyarakat Orang Asli. Malah di Kampung Orang Asli Sawah, kita berjaya membuka Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) yang kedua dan ada kumpulan masyarakat di sini yang mahu bersama Pakatan Harapan untuk menggerakkan jentera," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page