top of page

Strategi hiperlokal PH mampu kekal kemenangan di N Sembilan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jul 25
1 min read
Datuk Dr Fuziah berbincang dengan DS Tengku Zafrul mengenai pergerakan terkini kempen di N Sembilan
Datuk Dr Fuziah berbincang dengan DS Tengku Zafrul mengenai pergerakan terkini kempen di N Sembilan

Pakatan Harapan (PH) menggerakkan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dengan memfokuskan kepada isu hiperlokal yang menyentuh terus kehidupan harian komuniti setempat


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, pendekatan secara tertumpu mengikut keperluan setempat, sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar itu dianggap berkesan untuk memenangi hati pengundi.


Selain itu, kempen turut diperkukuh dengan pergerakan calon dari rumah ke rumah sekaligus membolehkan calon memahami denyut nadi pengundi berasaskan isu khusus di kawasan ditandingi.


"Cara kempen di sini berbeza berbanding di Johor baru-baru ini kerana ia banyak memberikan tumpuan kepada isu-isu hiperlokal dan pergerakan calon dari rumah ke rumah.


"Jika di luar bandar, tumpuan diberi kepada isu luar bandar dan di kawasan bandar, ia tertumpu kepada isu setempat di kawasan ditandingi," katanya dipetik laporan media.


Sementara itu sebagai mengulas perjalanan kempen, Fuziah menyifatkan sambutan pengundi di lapangan amat menggalakkan.


Malah populariti Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar juga kekal tinggi.


"Insya-Allah, rakyat sedar dan menikmati sendiri manfaat daripada pelbagai dasar serta inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan PH di bawah pimpinan Aminuddin," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page