top of page

Nicky Liow bukan anggota KEADILAN - Setiausaha Agung

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jul 26
1 min read

Updated: Jul 27


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengesahkan bahawa Liow Soon Hee atau lebih dikenali sebagai Nicky Liow bukan ahli parti itu.


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar) berkata, semakan telah dibuat terhadap sistem keanggotaan parti susulan penularan berita dan gambar di media sosial yang mengaitkan individu berkenaan dengan KEADILAN.


"Merujuk kepada berita dan gambar yang tular mengaitkan Liow Soon Hee atau lebih dikenali sebagai Nicky Liow dengan KEADILAN, saya selaku Setiausaha Agung KEADILAN telah mengarahkan semakan dibuat terhadap Sistem Keanggotaan KEADILAN," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut beliau, hasil semakan mendapati individu berkenaan sama sekali tidak wujud dalam rekod keanggotaan parti.


"Hasil semakan mengesahkan bahawa Liow Soon Hee tiada dalam rekod keanggotaan KEADILAN.


"Semakan juga mendapati beliau tidak pernah mengemukakan permohonan untuk menjadi anggota KEADILAN," katanya lagi.


Untuk rekod, pada April 2022, Soon Hee didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 26 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah keseluruhan RM36 juta.


Beliau telah bersembunyi selama setahun selepas polis melancarkan operasi terhadap kumpulan yang didakwa di bawah pimpinannya susulan dakwaan penglibatan dalam kegiatan penipuan "Macau Scam".


Soon Hee didakwa secara in absentia (tanpa kehadirannya di mahkamah) atas pertuduhan menjadi anggota kumpulan jenayah terancang. Beliau kemudiannya diberikan pelepasan yang tidak membawa kepada pembebasan (DNAA).


Baru baru ini tular sekeping gambar yang memaparkan individu didakwa sebagai Soon Hee bersama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu acara parti.

2 Comments


The Planet Clicker
The Planet Clicker
Aug 23

Mình làm hướng dẫn viên đưa khách lên Lạng Sơn tham quan các điểm như động Tam Thanh hay chợ Đông Kinh, nên luôn cần tra thời tiết Lạng Sơn trước mỗi chuyến để dặn khách chuẩn bị trang phục phù hợp. Trang cho xem dự báo khá chi tiết theo ngày, giúp mình chủ động báo trước cho đoàn khách từ dưới xuôi lên, vì nhiều người không quen với kiểu lạnh sương mù đặc trưng ở đây. Giao diện dễ nhìn, không mất nhiều thời gian tìm đúng thông tin cần xem giữa lúc đang bận chuẩn bị tour. Tốc độ tải nhanh, mở lên bằng điện thoại là có kết quả ngay dù đang di chuyển trên xe.

Like

Kari Maru
Aug 10

If you are looking for a game that allows you to relax while constantly engaging your brain, Basketball Stars is an exciting choice; each match is fast-paced enough to avoid boredom yet challenging enough to keep you striving to improve your skills.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page