Jamuan Perpaduan Kampung Sri Sikamat tarik lebih 600 penduduk
- Suara Keadilan

- 1 hour ago
- 1 min read

Oleh: ShaifulAnnuar Sulaiman
Suasana penuh meriah dalam program Jamuan Perpaduan Kampung Sri Sikamat yang berlangsung pada jam 6.30 petang semalam, apabila lebih 600 penduduk dari sekitar Kampung Sri Sikamat hadir memeriahkan majlis serta mendengar amanat pimpinan parti.
Majlis tersebut dihadiri oleh Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, bersama barisan pimpinan parti termasuk Chan Ming Kai (Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri), Sim Tze Tzin Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Kamri Kamarudin (Timbalan Speaker DUN Selangor), Hee Loy Sian (Ketua Cabang Petaling Jaya), Datuk Sim Keng Piao (Bendahari KEADILAN Negeri) serta Puan Elizabeth Wong (Setiausaha Kerja KEADILAN Pusat).

Dalam ucapannya, Datuk Seri Amirudin Shari menyeru para pengundi agar terus mengekalkan pentadbiran yang stabil serta memilih calon yang berintegriti, ikhlas dan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.
Turut berucap ialah calon DUN Sikamat, Ustaz Nor Azman Mohamed, yang menzahirkan komitmennya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat sebagai anak jati Sikamat yang telah menetap di kawasan tersebut lebih 18 tahun.
Beliau yang juga merupakan seorang pendakwah dan aktivis masyarakat berkata pengalaman beliau sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Negeri Sembilan menjadi bekalan penting untuk membawa suara dan keperluan rakyat Sikamat ke peringkat yang lebih tinggi.
Majlis yang berlangsung dalam suasana harmoni itu mencerminkan semangat perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Sikamat serta mengukuhkan keyakinan terhadap usaha membina masa depan yang lebih baik untuk seluruh warga DUN Sikamat.




Comments