top of page

Berita


Platform media sosial wajib sahkan umur, kukuh kawalan scam, kandungan bahaya
Penyedia perkhidmatan media sosial berlesen kini diwajibkan melaksanakan mekanisme pengesahan umur menggunakan dokumen rasmi seperti MyKad atau pasport bagi memastikan hanya individu berusia 16 tahun ke atas dibenarkan mendaftar dan memiliki akaun pada platform masing-masing. Kementerian Komunikasi memaklumkan langkah itu dilaksanakan menerusi Kod Perlindungan Kanak-Kanak (Child Protection Code, CPC) yang berkuat kuasa mulai 1 Jun lalu sebagai sebahagian daripada usaha memper

Helmi Mohd Foad
Aug 43 min read


NutriSel sediakan makanan percuma 106,000 pelajar di Selangor
Seramai 106,000 pelajar di 962 sekolah di Selangor kini menikmati sarapan atau makan tengah hari berkhasiat secara percuma menerusi Program Nutrisi Selangor (NutriSel). Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, program berkenaan yang diperkenalkan menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor mula dilaksanakan semalam bagi membantu mengurangkan beban kos ditanggung keluarga. "Alhamdulillah, Program Nutrisi Selangor (NutriSel) yang telah diperkenalkan

Suara Keadilan
Aug 41 min read


Jasa dikenang: Agensi, netizen zahir penghargaan kepada Tok Min
Ibarat kata pepatah budi yang baik dikenang juga. Begitulah juga dengan segala jasa dan khidmat cemerlang mantan Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar). Meskipun Pakatan Harapan (PH) hanya mampu mempertahankan 11 daripada 17 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, sekali gus menamatkan pentadbiran MB Aminuddin sejak 2018, orang ramai tetap mengenang jasa baik beliau sepanjang menerajui negeri. Sejak kelmarin, pelbagai agensi dan jabatan ker

Helmi Mohd Foad
Aug 43 min read


PRU 16: Jangan ulangi pilih BN-PN, rekod 2020-2022 wajar jadi 'sempadan'
Pengundi Melayu di Negeri Sembilan yang telah mengundi BN-PN diseru supaya tidak mengulangi sokongan itu dalam memilih Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke 16 kelak dengan menjadikan rekod pentadbiran BN-PN di peringkat Persekutuan antara 2020 hingga 2022 sebagai pertimbangan utama. Menurut Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Md Sani Md Shah, sepanjang tempoh tersebut BN dan PN gagal membawa kemajuan yang signifikan kepada negara, malah rakyat terpaksa berdepan p

Sidiqin Omar
Aug 42 min read


BUDI Diesel: Keresahan rakyat Sabah, Sarawak diselesaikan - Abun
Kerajaan MADANI memberi komitmen untuk menyelesaikan isu pelaksanaan Program BUDI Diesel yang dihadapi penduduk luar bandar dan pedalaman di Sabah dan Sarawak secara menyeluruh. Ahli Dewan Negara, Senator Abun Sui Anyit berkata, antara aduan yang diterima termasuk kesukaran mendapatkan diesel bersubsidi, kuota tidak mencukupi serta masalah akses bagi penduduk yang tinggal jauh dari stesen minyak. "Semua aduan tersebut telah kita ambil maklum dan telah dibangkitkan kepada piha

Suara Keadilan
Aug 42 min read


Apakah BN masih komited pertahan Kerajaan Perpaduan?
Hasrat Umno meneruskan kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka mencetuskan persoalan. Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata sebagai sebahagian daripada komponen Kerajaan Perpaduan di Putrajaya, BN mempunyai tanggungjawab politik untuk menjelaskan kepada rakyat bagaimana kerjasama dengan PN yang secara terbuka mengambil pendirian. Terutamanya PN sebagai blok pembangkang yang berusaha men

Azuan Ab Rahman
Aug 42 min read


Keputusan PRN NS: Terus santuni rakyat, tingkat khidmat masyarakat – Saifuddin
Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar), menyeru seluruh anggota parti agar tidak berputus asa susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan minggu lalu. Menyifatkan kekalahan merupakan sebagai sebahagian daripada perjalanan perjuangan, beliau menyeru agar keputusan tersebut dijadikan ruang untuk bermuhasabah, memperbaiki kelemahan serta kembali mendekati rakyat dengan lebih tekun. "Bukan semua orang yang kalah itu lemah. Kadang-kad

Azuan Ab Rahman
Aug 41 min read


Dewan Negara lulus pindaan Akta MCMC
Dewan Negara pada Isnin meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026 dengan suara majoriti, selepas dibahaskan oleh 11 Ahli Dewan Negara. RUU yang diluluskan Dewan Rakyat pada 15 Julai lepas itu mengandungi 17 fasal yang antara lain meminda Seksyen 16 Akta 589 bagi memperjelas fungsi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)dalam membangun serta mengawal selia piawaian infrastruktur dan platform digital. Timbalan Menter

Suara Keadilan
Aug 41 min read


KPM gerak sokongan psikososial bantu warga sekolah
Segala bentuk ikhtiar bagi memastikan sokongan psikososial kepada warga sekolah berada pada tahap sebaiknya digerakkan susulan insiden kematian seorang guru wanita di Selangor, baru-baru ini. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (gambar) berkata, kementerian sentiasa mengambil berat aspek kesihatan mental warga pendidikan menerusi kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kementerian Kesihatan (KKM) dan kaunselor. Malah beliau secara peribadi mengambil maklum kegusaran d

Azuan Ab Rahman
Aug 41 min read


Kadar pengangguran di Selangor turun sekitar 2.0 peratus
Kadar penyertaan tenaga buruh di Selangor kekal tinggi sekitar 78.5 peratus, sekali gus mencerminkan pasaran pekerjaan yang aktif dan stabil di negeri itu. Exco Sumber Manusia V Papparaidu (gambar) berkata, pencapaian tersebut didorong prestasi ekonomi negeri yang berkembang hasil kejayaan menarik pelaburan berkualiti tinggi ke Selangor. "Selangor mencatat pelaburan diluluskan RM33.5 bilion pada suku pertama tahun ini, sekali lagi menjadi negeri penerima pelaburan tertinggi.

Suara Keadilan
Aug 41 min read


'Apa khabar semua?' - Tok Min kemas rumah kampung, netizen puji sikap berlapang dada
Tok Min mengemas barang barang berpindah masuk ke rumahnya selepas meninggalkan kediaman MB Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun terus mencuri perhatian warga maya apabila dilihat tenang meneruskan rutin hariannya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan berkongsi aktiviti mengemas barang di rumah kampung menerusi akaun Threads miliknya. Menerusi hantaran ringkas itu, Aminuddin yang lebih mesra disapa sebagai Tok Min turut merakamkan penghargaan ke

Helmi Mohd Foad
Aug 32 min read


Laporan RCI Tabung Haji: SEKPUR lapor polis, desak tindakan tegas
Mustapa Mansor dan anggota SEKPUR membuat laporan polis di IPD Dang Wangi pagi tadi Semua pihak yang didapati terlibat dalam sebarang salah laku berkaitan Tabung Haji (TH) sebagaimana didedahkan melalui laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baru baru ini perlu dipertanggungjawabkan tanpa mengira latar belakang atau parti politik, kata Pengerusi Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SEKPUR), Mustapa Mansor Amer Mohd Isa. Beliau berkata, prinsip ketelusan dan tadbir

Redzuan Shamsudin
Aug 33 min read


Selangor perkukuh kedudukan Islam, Ahli Sunnah Waljamaah pegangan rasmi
Kerajaan Selangor memperkukuhkan kedudukan agama Islam menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor (Pindaan) 2026 yang menetapkan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sebagai pegangan rasmi pentadbiran hal ehwal Islam selain memperkasa institusi Mahkamah Syariah di negeri itu. RUU berkenaan dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Dr. Mohammad Fahmi Ngah (gambar) pada Persidangan Dewan Negeri Selangor hari ini. F

Suara Keadilan
Aug 32 min read


Status kerusi DUN Selangor dimuktamad minggu ini - MB
DS Amirudin berucap pada Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Bersama Menteri Besar Selangor dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Shah Alam, pagi tadi. Kedudukan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dijangka dimuktamadkan dalam minggu ini sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menentukan sama ada Pilihan Raya Kecil (PRK) perlu diadakan. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri ketika ini menunggu notis rasmi daripada Speaker D

Suara Keadilan
Aug 32 min read


PRN NS: Hormati Institusi Raja, jangan jadi ‘rumah siap, pahat berbunyi’
Semua pihak perlu menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang dizahirkan melalui peti undi dengan penuh rendah diri, kata Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan (gambar). Beliau berkata, keputusan PRN berkenaan perlu dihormati agar mengelakkan tindakan atau kenyataan yang boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi Raja Berperlembagaan. "PRN Negeri Sembilan telah berakhir. "Semua pihak harus menerima keputusan rakyat yang dizahirkan me

Suara Keadilan
Aug 32 min read


PH perlu tekankan strategi rapatkan jurang undi di kerusi marginal
Undi popular bukan ukuran utama dalam menentukan kekuatan sesebuah parti untuk membentuk kerajaan kerana sistem pilihan raya Malaysia bergantung kepada jumlah kerusi yang dimenangi, kata Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Alor Gajah, Rubiah Tamby. Beliau berkata, biarpun di Negeri Sembilan Pakatan Harapan (PH) memperolehi undi popular terbanyak namun strategi politik perlu memberi tumpuan kepada usaha memastikan sokongan diagihkan secara berkesan ke setiap DUN, khususnya di ka

Redzuan Shamsudin
Aug 32 min read


Program MADANI Kita dekatkan kerajaan dengan rakyat
Program MADANI Kita (PMK) menjadi wadah kerajaan mendekati rakyat selain memastikan dasar dan isu semasa dapat difahami berdasarkan maklumat yang tepat. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) berkata, menerusi program tersebut penerangan berkaitan isu boleh disampaikan dalam bahasa mudah supaya rakyat memahami fakta sebenar dan tidak terkeliru. "Contohnya berhubung laporan penuh Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung pengurusan dan

Suara Keadilan
Aug 31 min read


Pulih paya bakau mesti beri manfaat kepada komuniti tempatan
Syed Ibrahim Syed Noh majlis pelancaran Persidangan Antarabangsa Model Kehidupan Mampan Kuala Sepetang di Taiping, Perak. Usaha memulihara ekosistem paya bakau di negara ini perlu seiring usaha meningkatkan hidup komuniti yang kehidupan dan mata pencarian mereka bergantung pada kawasan tanah lembap itu. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, selain melindungi kawasan pantai, nilai sebenar ekosistem itu bukan hanya terletak pada fungs

Suara Keadilan
Aug 31 min read


Fokus berkhidmat, utamakan rakyat tanpa kira politik - Nurul Izzah
Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar (gambar) menyeru semua wakil rakyat yang dipilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan melaksanakan amanah dengan adil serta mengutamakan kepentingan semua tanpa mengira latar belakang dan kecenderungan politik. Jelasnya, selepas keputusan dimuktamadkan, tumpuan bukan lagi kepada persaingan politik, sebaliknya tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat. "Mereka yang dipilih adalah wakil kepada seluruh rakyat di kawasan

Azuan Ab Rahman
Aug 31 min read


PH terus pertahan politik integriti hadapi perubahan lanskap politik
Pakatan Harapan (PH) terus akan mempertahankan politik berasaskan nilai, integriti dan keupayaan mentadbir, kata Naib Presiden AMANAH Adly Zahari (gambar). Ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Amanah Pulau Pinang di Bukit Mertajam semalam Adly berkata, pendekatan itu kekal menjadi teras perjuangan PH kerana rakyat akhirnya akan menilai perkara yang memberi kesan langsung kepada kehidupan mereka termasuk kos sara hidup, ekonomi, pendidikan dan prestasi kerajaan. Dal

Suara Keadilan
Aug 31 min read
bottom of page
