top of page

NutriSel sediakan makanan percuma 106,000 pelajar di Selangor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 4
  • 1 min read

Seramai 106,000 pelajar di 962 sekolah di Selangor kini menikmati sarapan atau makan tengah hari berkhasiat secara percuma menerusi Program Nutrisi Selangor (NutriSel).


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, program berkenaan yang diperkenalkan menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor mula dilaksanakan semalam bagi membantu mengurangkan beban kos ditanggung keluarga.


"Alhamdulillah, Program Nutrisi Selangor (NutriSel) yang telah diperkenalkan menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor telah bermula semalam.


"Seramai 106,000 pelajar di 962 buah sekolah akan menikmati sarapan atau makan tengah hari berkhasiat secara percuma melalui kantin sekolah masing-masing," katanya dalam hantaran di media sosial.


Menurut Amirudin, Kerajaan Negeri memahami tekanan kewangan yang dihadapi keluarga khususnya apabila mempunyai beberapa orang anak yang bersekolah.


"Kerajaan Negeri menyedari kos persekolahan dicampur dengan tambang, pakaian sekolah dan keperluan pembelajaran untuk beberapa orang anak, ia menjadi implikasi kewangan yang besar.


"NutriSel hadir untuk meringankan beban itu, dengan peruntukan RM14.4 juta," katanya.


Beliau berkata program tersebut bukan sekadar menyediakan makanan percuma kepada pelajar, sebaliknya merupakan pelaburan Kerajaan Negeri untuk memastikan kebajikan dan masa depan generasi muda terus diberi perhatian.


"Ini bukan sekadar pemberian makanan. Ini pelaburan untuk masa depan anak-anak Selangor," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page